SINARPLUS percaya ramai dalam kalangan kita yang takut gemuk dan ada juga sampai kepada tahap fobia! Masing-masing berebut nak kurus sampai yang ada yang sanggup diet dan gigih workout disebabkan tidak mahu gemuk.

Mungkin kedengaran agak pelik dan ada pula yang berpendapat “okay apa gemuk, janji sihat”, ternyata pandangan tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

Memetik kajian terbaharu yang diterbitkan British Medical Journal (BMJ) minggu lalu, lemak di bahagian perut yang berlebihan dikaitkan dengan risiko kematian pada usia muda yang lebih tinggi tanpa mengira berat lemak badan yang dimiliki seseorang individu.

Perut buncit, lemak berlebihan risiko mati muda - Kajian

Bagi wanita, setiap kenaikan lemak perut sebanyak 10 sentimeter meningkatkan risiko kematian sebanyak 8 peratus.

Manakala bagi kaum lelaki pula, setiap kenaikan lilitan pinggang sebanyak 10 sentimeter meningkatkan risiko kematian sebanyak 12 peratus.

Sementara itu, pinggul dan paha yang lebih besar pula dikaitkan dengan risiko kematian awal yang lebih rendah.

Ini mungkin disebabkan lemak di kawasan tersebut memberi kesan terhadap menstabilkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.

Kenyataan tersebut dibuat hasil analisis 72 kajian yang melibatkan lebih daripada 2.5 juta peserta berusia antara 3 hingga 24 tahun.

Iklan

Sementara itu kajian meneroka pelbagai ukuran berat badan di bahagian tengah badan dianggap sebagai faktor risiko signifikan untuk ketahanan metabolik yang merupakan penyebab diabetes, penyakit jantung dan banyak lagi.

Lemak di perut yang terlalu banyak akan membawa kepada pengumpulan jenis lemak atau dipanggil lemak viseral di sekitar pelbagai organ dalaman seperti hati, pankreas dan usus.

Perut buncit, lemak berlebihan risiko mati muda - Kajian

Iklan

Lemak viseral disebut lemak aktif kerana mempengaruhi fungsi hormon dengan mengeluarkan protein yang membawa kepada peningkatan daya tahan terhadap insulin.

Ia juga dikenal pasti menjadi punca banyak penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol berlebihan, penyakit jantung, barah dan Alzheimer.

Sumber rujukan : astroawani