Pesakit dan petugas kesihatan di HTAR, Klang dijangkiti Covid-19, ini doa orang ramai

Pesakit dan petugas kesihatan di HTAR, Klang dijangkiti Covid-19, ini doa orang ramai
Pesakit dan petugas kesihatan di HTAR, Klang dijangkiti Covid-19, ini doa orang ramai
A
A
A

BERIKUTAN tersebar desas-desus jangkitan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) tampil memberi kenyataan semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dalam satu kenyataan semalam mengesahkan seramai 50 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes-kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19.

"Pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

"Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan samada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal," katanya.

Baca juga Sedap tak semestinya masin, contoh makanan tinggi garam yang berisiko jika tidak dikawal

Dr Sha'ari berkata, kesemua kontak diambil swab ujian dan diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) malah semua pesakit yang kontak kepada kes juga diambil swab ujian yang sama.

"Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.

"Orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital," katanya.

Sementara itu, menjengah ke laman sosial, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat pesakit dan petugas yang telah dijangkiti.

Rasidah Saad - Semoga Allah lindungi kita semua dan petugas-petugas kesihatan dari Covid-19. Seterusnya dapat memutuskan rantaiannya.

Nizam Zainal - Rahmatilah keseluruhan warga HTAR dan pesakitnya. Berilah mereka kekuatan untuk kekal berjuang.

Ws Wong - May all be well be safe be healthy be blessed be protected may all the infected be blessed with complete recovery.

Eija Nuriza - Semoga Allah lindungi kita semua dan semua petugas-petugas kesihatan dari Covid-19.

Syaza Zawiya - Semoga diberi kesembuhan buat semua pesakit bahagian hadapan. Ya Allah kau lindungi fronliners kami.

Ridzal Mahmud - Semoga semua petugas dan rakan di sana dipermudahkan segala urusan.

Maro Yap - Tolong bagi vaksin pada petugas kesihatan dulu, mereka lebih memerlukan.

Ya Allah.. Angkat lah covid 19... lenyapkan lah di muka bumi Mu ini ya Allah... Kasihanilah kami...

SitieyLuezia - Baru je pergi hospital ni hari tu... prosedur saringan sangat ketat. Semoga dipermudahkan semuanya.

SuhaiZalina - Kesian frontliner. Bertungkus lumus untuk pesakit. Semoga kerja ibadah mereka menempah tiket ke syurga kelak.

AKiman - Wahai kawan dan sahabat semua... buat masa ni janganla bercuti ke sana ke sini. Kesianlah frontliner kita bertungkus lumus untuk cegah Covid-19. Tolong hentikan seketika percutian jalan-jalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca