Petah berceloteh cuit hati ramai, pasangan anak & ayah Davids & Kumbibi bakal saingi Ryan Bakery, Aliff Syukri

A
A
A

BAGI peminat medium TikTok, pasti cukup familiar dengan nama Davids & Kumbibi

Telatah si kecil Abigail Evie Evid yang baru berusia tujuh tahun namun cukup petah berceloteh dan tidak kekok di hadapan kamera cukup mencuit hati ramai.

Mesra disapa Kumbibi, si kecil itu kerap bergandingan dengan bapanya, Evid Tawasing atau Davidvid Totorial, 37

Kemesraan dua beranak itu berjaya meraih perhatian ramai. Sehingga kini, mereka mendapat lebih 743,000 pengikut di TikTok, dengan salah satu videonya tular sehingga menerima lebih 42.8 juta tontonan.

kumbibi 1

Justeru, tidak hairanlah apabila pencipta kandungan anak-beranak yang berasal dari Sabah itu baru-baru ini mencipta kejutan bagi peringkat awal undian bagi KNKV Viral Award 2024.

Lebih mengujakan apabila mereka berjaya mendahului nama besar yang lain seperti Ryan Bakery, Pak Mat Western, Datuk Sri Aliff Syukri, Boss james dan Alieff Irfan.

Menerusi kiraan semasa yang dikeluarkan baru-baru ini, Davids & Kumbibi mendapat jumlah undian lebih dari 11,000 undian, jauh meninggalkan calon lain dalam kategori yang sama.

Kumbibi 2

 

KNKV Viral Award 2024 dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM yang mana ia merupakan sebuah majlis anugerah berprestij untuk mengiktiraf pempengaruh (Influencer), pencipta kandungan (content creator), platform tular (viral page) dan saluran tular (viral channel) terulung di Malaysia.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Kesemua calon ketika ini sedang melalui proses undian umum peringkat awal yang mana undian berlangsung secara ‘realtime’ bermula 11 Februari ini dan akan dibuka sehingga 12.00 tengah malam menerusi Facebook KNKV Group, Instagram KNKV Studios dan Tiktok KNKV Group.

“Lima calon peringkat awal yang mendapat jumlah undian tertinggi akan layak ke peringkat akhir sebagai finalis.

“Di peringkat akhir , kesemua finalis akan dinilai sekali lagi oleh barisan juri profesional dan finalis yang mendapat markah tertinggi penjurian akan dinobat sebagai pemenang bagi kategori masing-masing,” kata Group CEO KKNV Group Profesor (Adj) Haji Adam Richman selaku juri penilaian anugerah berkenaan.

kumbibi

Turut sama mengadili anugerah ini ialah Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, pengarah,Rashid Sibir dan seorang wakil daripada RTM.

Sementara itu, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff selaku Penasihat Syariah KNKV Group pula adalah juri bahagian Agama yang akan menilai finalis yang terbabit dalam kategori Agama.

Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024 bakal disiarkan di RTM TV2 dan akan berlangsung pada 20 Februari ini jam 8.00mlm bertempat di Zepp Kuala Lumpur selain dihoskan Tyzo Xander.

KNKV Viral Award 2024 turut mendapat sokongan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai Rakan Perundangan Rasmi, Dr Amsyar sebagai Penapis Air Rasmi dan Luncai Emas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca