TERSOHOR dengan rekaan binaannya yang tahan lasak, ekstrem dan fungsi yang pelbagai mengikut era semasa membuatkan peminat jam tangan popular dunia yang dikenali sebagai G-Shock kekal diminati dan mendapat di hati peminat sehingga ke hari ini.

Maka tidak hairanlah peminat dan pengumpul jam tangan berjenama Jepun itu juga dilihat sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan model-model edisi terhad untuk dijadikan sebagai koleksi.

Terbaharu, G-Shock dilihat berkolaborasi dengan sebuah butik popular yang dikenali sebagai BAIT untuk menghasilkan sebuah lagi model edisi khas iaitu siri DW5600 yang popularnya dipanggil ‘G-Shock petak’.

Petak bukan sebarang petak! Model kali ini dihasil dengan bertemakan kereta ikonik Toyota Sprinter Trueno APEX AE86 lagenda daripada watak protagonist utama anime, Takumi Fujiwara dalam siri popular Initial D.

Petak bukan sebarang petak, kolaborasi BAIT hasilkan G-Shock Initial D buat ramai tak senang duduk!

Pastinya model tersebut mampu membuatkan peminat setia Initial D dan G-Shock tidak senang duduk dan tidak sabar untuk memiliki model ikonik tersebut!

Perkara itu mula dihebohkan orang ramai setelah BAIT menerusi instagramnya yang dikenali sebagai Baitme berkongsikan beberapa keping gambar jam tersebut .

Jika dilihat melalui posting tersebut, model kolaborasi itu direka hasil inspirasi warna dan rekaan jentera yang dipandu Takumi Fujiwara iaitu Toyota AE86 yang bertemakan warna hitam dan putih.

Iklan

Tulisan Jepun yang tertulis pada kereta Takumi menghiasi bahagian tali jam dan logo Initial D akan kelihatan apabila lampu jam dinyalakan. Memang style!

Petak bukan sebarang petak, kolaborasi BAIT hasilkan G-Shock Initial D buat ramai tak senang duduk!Model jam edisi khas itu juga di datangkan dengan tin dan kotak rekaan khas Initial D dan dijual pada harga USD200 (RM820).

Namun, seperti sedia maklum, untuk memiliki jam edisi terhad G-Shock bukanlah satu perkara yang mudah kerana kebanyakan jam tangan itu kini dibuka untuk jualan kepada penduduk di Amerika Syarikat sahaja.

Iklan

Tambahan pula pengeluaran jam itu juga dihadkan pada jumlah tertentu melainkan jika korang pergi sendiri ke butik BAIT yang terletak di Japun. Di sana korang berpeluang untuk membelinya secara terus kerana ia telah dibuka untuk jualan kepada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BAIT (@baitme)