Petua ‘ajaib' legakan batuk dalam masa hanya sehari
PERNAH tak anda alami batuk dalam tempoh yang lama sehingga berbulan-bulan? Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun terganggu.
Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian daripada Azliza Talib ini.
Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan!
Hanya menggunakan dua bahan utama iaitu bawang putih dan juga madu yang mana ia memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.
Kalau rawatan kena atau serasi, tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.
Bahan-bahan:
- 3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.
1 cawan madu
Cara membuat:
- Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.
- Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.
Cara pengambilan:
- Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam
Manfaat bawang putih untuk batuk:
Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Sumber:
Facebook : Azliza Talib
Instagram : @ivlizzbeauty
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang