PKP: Hentikan sikap 'saya tidak peduli'

PKP: Hentikan sikap 'saya tidak peduli'
PKP: Hentikan sikap 'saya tidak peduli'
A
A
A

TAK mustahil! Malaysia mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’.

Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini, manakala perintah kuarantin mandatori 14 hari di stesen yang ditetapkan bagi mereka yang pulang dari luar negara telah diwajibkan semula, sejak Jumaat.

Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata, Kuching, Sarawak telah diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandatori di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua Covid-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara.

Secara statistik, kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak  8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes.

Dua hari lepas, beliau berkata 8y, Dr Noor Hisham berkata ketika ini kadar R0 telah naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lepas.

Katanya jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6.

Jadi, korang jangan buat main-main dengan perkara seperti ini, buang jauh-jauh sikap 'saya tidak peduli'! Jadilah individu yang bertanggungjawab kerana kita mampu untuk mengubahnya guys.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca