PKPB : Agong minta rakyat bertenang, Istana Negara laksana semi-lockdown

PKPB : Agong minta rakyat bertenang, Istana Negara laksana semi-lockdown
PKPB : Agong minta rakyat bertenang, Istana Negara laksana semi-lockdown
A
A
A

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menzahirkan kegusaran perkembangan wabak Covid-19 di negara ini.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan istana hari ini, baginda menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

Malah, baginda juga mengajak rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuatkuasa esok, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang sudah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

”Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menitikberatkan penjagaan dan tahap kesihatan diri para pegawai serta kakitangan Istana Negara dan pelaksanaan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan warga Istana Negara.

”Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati dan ancaman penularan Covid-19 dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca