TERDAHULU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes Covid-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak.

Muhyiddin berkata, jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara khususnya.

Nampaknya perkara yang paling tidak diingini itu sekali lagi menghantui fikiran orang ramai apabila hari ini kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

MELIHAT kepada peningkatan Covid-19, kerajaan kini setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.PKPB dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, 6 perkara penting yang kita tak boleh lakukan

Dengan erti kata mudah, penduduk di sekitar kawasan yang terjejas tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang pernah dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah  September yang lalu.

Selain tidak boleh keluar rumah terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang PKPB dilaksanakan. Antaranya adalah seperti:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah ditutup.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Iklan

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Oleh itu sebagai rakyat, kita perlu patuh kepada langkah kerajaan ini dengan mematuhi SOP yang telah disediakan untuk mengelak penularan kes terus meningkat.

Iklan

Patuhi jarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19 dan lindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Bersama kita perangi Covid-19!