SEPERTI apa yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada empat kategori individu sahaja iaitu:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Cara untuk membuat permohonan

Permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan PKPB pula boleh diperoleh daripada balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan ketua balai dan dicap bagi kegunaan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Iklan

“Sebagai contoh dari Johor nak ke Kedah, perlu rentas melalui Selangor, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dari PDRM.

“PDRM memudahkan urusan…orang ramai boleh muat turun borang di Facebook PDRM, dicetak dan setelah selesai diisi hanya perlu ke balai polis berdekatan untuk dapatkan tanda tangan ketua balai,” katanya.

Langkah memuat turun borang itu juga bagi mengelakkan orang ramai daripada bersesak di balai polis bagi mendapatkan kebenaran rentas perjalanan.

Iklan