PERLAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya Selangor dan juga Sabah bermula hari ini dengan beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Namun, setelah beberapa bulan menghadapi kehidupan normal baharu sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, pastinya PKPB kali ini sedikit memberi kesan bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti sukan seperti berbasikal misalnya.

Tambahan pula aktiviti berbasikal sejak kebelakangan ini semakin digemari dan boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kawasan-kawasan rekreasi sering menjadi tumpuan buat mereka untuk membuat kayuhan.

Ternyata perlaksanaan PKPB kali ini menimbulkan beberapa persoalan.

Boleh atau tidak aktiviti berbasikal diteruskan sepanjang PKPB ini?

Jawapannya boleh! Buat peminat aktiviti berbasikal, kalian masih dibenarkan untuk membuat aktiviti kayuhan seperti biasa sepanjang perlaksanaan PKPB ini, tapi bersyarat!

PKPB : Tak perlu ‘gantung basikal’, kayuhan boleh diteruskan tapi dengan syarat!

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sports, berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain yang dilakukan di kawasan terbuka adalah dibenarkan.

Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri adalah tidak dibenarkan.

Ini bermakna sukan berbasikal tergolong dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan fikizal.

Iklan

PKPB : Tak perlu ‘gantung basikal’, kayuhan boleh diteruskan tapi dengan syarat!

Cuma perlu diingat, jika kayuhan dibuat dalam kumpulan, mestilah tidak melebihi daripada 10 orang dalam satu kelompok kayuhan.

Maka segala penganjuran aktiviti kayuhan berbasikal dalam kelompok yang melebihi had yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan!

Iklan

Setakat kalian nak buat kayuhan ‘leha-leha’ pada hujung minggu dalam kelompok kecil tiada masalah. Patuh pada SOP yang ditetapkan dan sentiasa memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Elak melakukan sebarang sentuhan. Tak perlu ‘salam tumbuk’ pun, cukup sekadar meletakkan tangan di dada dan tunduk hormat ketika berjumpa dengan kenalan.

Jadi, tak perlu ‘gantung basikal’ dan selamat berkayuh!