PKPP: Cameron Highlands kembali 'panas'

A
A
A

SELEPAS hampir tiga bulan sunyi dan lengang, kawasan pelancongan tanah tinggi Cameron Highlands ini, kembali 'panas' dengan kunjungan orang ramai, berikutan kelonggaran yang diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Suhu dingin kadang kala serendah 14 darjah Celsius pasti menjadi tumpuan korang untuk berkunjung dan santai bersama keluarga sambil-sambil layan Teh O panas secawan. Peh! memang layan habis.

Selain itu Cameron Highland juga menjadi antara tumpuan pelancong domestik, lebih-lebih kerajaan belum membenarkan percutian ke luar negara dan antara lokasi wajib kunjung pastinya pasar Kea Farm, ladang teh serta kebun bunga.

Memetik laporan media tempatan, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Pahang Datuk Idros Yahya berkata, pihaknya mendapati kehadiran pelancong selepas kebenaran merentas negeri, tertumpu kepada kawasan ekotourism dan lokasi makanan yang enak.

“Ramai rakyat suka mengunjungi negara beriklim sejuk seperti New Zealand, China, Korea dan Jepun, namun apabila mereka tidak boleh membuat perjalanan keluar negara, mereka mencari kawasan pelancongan kawasan tanah tinggi terutamanya Cameron Highlands,” katanya.

PKPP: Cameron Highlands kembali 'panas'

Menarik perhatian, sebanyak 109 hotel di Cameron Highlands mula menerima tempahan, beberapa jam selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran rentas negeri, termasuk pelancongan domestik pada 7 Jun lalu.

Idros turut menyarankan pengusaha di sekitar tanah tinggi itu supaya menggunakan kreativiti, dengan melakukan pembaharuan produk pelancongan, supaya dapat menarik lebih ramai kehadiran pengunjung dan memastikan mereka tinggal lebih lama di premis yang ada.

Cuti-cuti juga tapi, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pengusaha hotel, restoran dan taman-taman rekriasi seperti pengambilan suhu badan dan penjarakan sosial juga diamalkan supaya lebih selamat tanpa sentuhan.

Tinjauan di pasar Kea Farm pula mendapati, para pengunjung diwajibkan menulis nama dan nombor telefon pada buku catitan, memakai pelitup muka serta pengambilan suhu badan turut dibuat, sebelum mereka dibenarkan memasuki kawasan jualan sayuran dan buah-buahan segar itu sebagaimana SOP ditetapkan.

Kehadiran pelancong yang lebih ramai sekarang terutama hujung minggu, membuatkan pengusaha kebun dan peniaga bersemangat untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menjual pelbagai produk sayur dan buah segar.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom ‘panas’ kan Cameron Highlands.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca