BERITA baik buat korang yang kaki wayang! Kerajaan hari ini membenarkan aktiviti menonton wayang, teater dan ‘live event’ mulai 1 Julai ini seperti apa yang telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi.

Namun, aktiviti itu hanya dibenarkan di dewan tertutup dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).

Sebagai contoh, aktiviti itu tidak boleh melebihi 250 individu bagi setiap pertunjukan dan tertakluk kepada kapasiti dewan.

PKPP: Dah boleh tengok wayang tanpa gangguan kerusi ditendang!

SOP yang ditetapkan terutamanya jarakan sosial perlu dipatuhi pada setiap masa.

Paling penting kerusi korang dah tak kena tendang dari belakang lagi ya sebab kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk ke pawagam.

Antara SOP tersebut menetapkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan memasuki pawagam.

Selain itu, SOP untuk panggung wayang yang korang perlu ikut adalah seperti berikut:

Iklan
  • Mereka yang memiliki suhu badannya melebihi 37.5 darjah celcius atau menunjukkan gejala tidak dibenarkan memasuki premis.
  • Pekerja dan pelanggan harus memuat turun aplikasi MySejahtera.
  • Premis mesti dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum dan selepas tayangan filem.
  • Pembersihan dan pembasmian kuman mesti dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
  • Susunan tempat duduk mesti mematuhi penjarakan sosial satu meter.

MKN menegaskan untuk semua syarikat mematuhi SOP yang disediakan dan juga aktiviti promosi dan perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan sepanjang PKPP.

Turut dibenarkan ialah aktiviti riadah di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar, serta kolam renang persendirian.

Iklan

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan kebenaran penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan juga bermula 1 Julai.

Apa lagi, jom movie time!