Pokok tular Lidah Mertua jadi buruan kaki deko

Pokok tular Lidah Mertua jadi buruan kaki deco
Pokok tular Lidah Mertua jadi buruan kaki deco
A
A
A

MEMANFAATKAN ruang halaman kediaman dengan menghiasi pelbagai tanaman seperti pokok bunga bukan saja memberi kepuasan buat mereka yang meminatinya malah menghidangkan panorama indah dan menyejukkan pandangan sipemilik.

Tambahan pula di tengah kesibukan bandar dan waktu terhad dek kekangan kerjaya, menjadikan hobi menanam itu sebagai salah satu terapi untuk menenangkan diri sambil bersantai bersama keluarga tersayang.

Terbaharu, tular di media sosial yang mana warganet kini dilihat ‘gilakan’ menanam pokok hiasan di dalam rumah yang menjadi buruan kaki deco. Antara yang menjadi kegemaran dan buruan kaki deco untuk menanam ialah pokok Lidah Mertua.

Pokok hiasan tersebut tiba tiba tular di media sosial sejak akhir-akhir ini.

Asbab lain yang mungkin boleh dikaitkan adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan heboh dikatakan pokok lidah mertua tersebut mampu kurangkan habuk di dalam rumah.

Ya! Menurut Balcony Garden, pokok Lidah Mertua juga dikatakan boleh bertindak sebagai pembersih udara dalam rumah yang baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini termasuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.

Ramai pakar berpendapat gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.

Satu kajian juga telah dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Harvard yang mendapati pokok Lidah Mertua merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang baik.

Selain pokok Lidah Mertua, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan Pothos.

Pokok merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga efektif dalam melawan alahan yang berpunca daripada masalah udara.

Walaupun anda menggunakan pembersih udara, menanam pokok seperti pokok Lidah Mertua di dalam rumah sebenarnya turut membantu.

Pokok Lidah Mertua juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga. Ia mampu hidup dengan baik bawah simbahan cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.

Jadi, bolehlah mencuba menanam ini di kawasan rumah anda lepas ni. Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca