BAGI yang pernah dijangkiti Covid-19, korang sebenarnya boleh membuat tuntutan (claim) terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Bencana Kerja Perkeso.

Bagi mereka yang belum mengetahui, pekerja yang disahkan positif Covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sebelum ini, Perkeso juga menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Covid-19 berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

Ramai yang telah berjaya membuat tuntutan, jika korang masih belum membuatnya, ini syarat dan cara memohon.

Apakah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Covid-19?

Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

  • Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan
  • Kemalangan semasa kecemasan
  • Penyakit khidmat

Syarat bagi membuat tuntutan Perkeso akibat jangkitan Covid-19;

  1. Masih bekerja.
  2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  3. Paling utama adalah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Kadar bayaran atau faedah yang akan diterima;

Bagi pencarum yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada Perkeso manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.

bantuan

Ini perkiraannya pampasan yang layak diterima:

(80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat/kuarantin

Namun, Timbalan Menteri Sumber Manusia sebelum ini, Awang Hashim berkata, pencarum terbabit dibayar 90 peratus daripada gaji mereka mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga mereka disahkan negatif virus berkenaan.

NOTA: Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah Perkeso.

Cara buat tuntutan (claim) Perkeso jika positif Covid-19;

Iklan
  1. Menjadi tanggungjawab majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada Perkeso dengan kadar segera iaitu mengemukakan permohonan melalui Borang 34.
  2. Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke pejabat Perkeso yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan;

  • Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 DI SINI 
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Cuti Sakit Asal
  • Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  • Laporan Pengesahan Positif Covid-19
  • Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  • Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  • MC / surat kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Isi Ruang Penyakit Khidmat

TAMBAHAN: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)

NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.

Iklan

Baca juga Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

Tempoh Proses Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Covid 19;

Permohonan pencarum dijangkiti wabak itu semasa bertugas akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.

 

Untuk maklumat dan info lanjut tentang Skim Bencana Pekerjaan Covid-19 Perkeso, sila rujuk laman web rasmi di https://www.perkeso.gov.my/

Semoga bermanfaat!