DALAM keadaan sukar menempuh pandemik Covid-19, pelbagai inisiatif diambil semua pihak bagi meneruskan kelangsungan hidup atau syarikat.

Begitu juga dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), memohon sumbangan Covid-19 untuk peralatan hospital.

Menjawab kemusykilan yang timbul di media sosial sejak semalam, PPUM sahkan perkara memohon bantuan Covid-19 adalah betul.

PPUM tampil menjelaskan bahawa usaha berkenaan dilakukan selepas menerima banyak permintaan daripada orang ramai untuk menyumbang bagi dana Covid-19.

Menerusi satu kenyataan, PPUM merujuk kepada aktiviti sumbangan untuk Tabung Covid-19 PPUM menerusi platform e-dagang iaitu Lazada Malaysia.

“PPUM semenjak awal penularan wabak Covid-19 lagi amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam pelbagai bentuk terutamanya dari syarikat/NGO/individu yang ingin menyumbang dalam melaksanakan program sumbangan ini sebagai salah satu kegunaan pihak PPUM untuk mengurus dan menangani pandemik Covid-19.

“Menerusi inisiatif mereka, Lazada Malaysia pula telah menyediakan platform untuk melaksanakan program memacu sumbangan dan telah memilih pelbagai organisasi termasuk PPUM sebagai salah satu organisasi yang akan menerima sumbangan tersebut.

“Pihak PPUM amat berterima kasih dan menghargai sumbangan dan sokongan semua pihak” katanya.

PPUM mohon sumbangan tabung Covid-19, ini cara mudah hanya dengan Lazada

Perkara itu pada awalnya, pengguna Twitter @CheTom menimbulkan tanda tanya dan ingin tahu sama ada perkara itu benar-benar wujud mahupun sekadar scam.

“PPUM dalam aplikasi Lazada memohon bantuan Covid-19 untuk kegunaan pakaian pelindung diri (PPE) hospital. Sumbangan itu bermula daripada RM50 hingga RM500 melalui aplikasi Lazada.

“Tidak banyak perincian diberikan, tetapi boleh klik pautan penjual untuk lihat profil dan produk. Jangan tanya adakah ini sah atau tidak,” katanya.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian Twitter @uniMalaya dan menjelaskan itu adalah program permohonan dana yang sah oleh UMMC.

Baca juga Sekiranya PKP ditamatkan, ini 5 strategi yang mungkin boleh diguna pakai untuk melandaikan kes Covid-19

Jadi korang semua hati-hati dengan scammer, jika ragu-ragu boleh hubungi untuk sebarang maklumat lanjut, Ketua Jabatan Perhubungan Korporat, Yahya A Hamid di talian 012-324 5861 atau 03-7949 2006.

Iklan

Sementara itu, menerusi Facebook University Malaya Medical Centre, sumbangan untuk tabung Covid-19 PPUM melalui pembelian di aplikasi Lazada dengan cara berikut;

1. Tekan pautan ini https://bit.ly/3tm7aBN
2. Tekan ruangan “Support TODAY University Malaya Medical Centre”
3. Tekan “DONATE NOW”

Iklan

Boleh juga layari http://www.ummc.edu.my/covid19/dermaBM.asp?

Ayuh sama-sama menghulurkan bantuan.

PPUM mohon sumbangan tabung Covid-19, ini cara mudah hanya dengan Lazada