Projek Payung Rahmah Grab. Duduk rumah pun boleh dapat potongan harga pesanan makanan & barang runcit terpilih

A
A
A

BAGI menyahut seruan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat di bawah program Payung Rahmah, GoodFood turut melancarkan Projek Rahmah 2023.

Projek Rahmah 2023 merupakan satu usaha perkongsian Grab dengan kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menyediakan makanan dan barangan runcit mampu milik kepada rakyat.

Grab memahami kekangan kewangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini dan Projek Rahmah 2023 ini memberi peluang kepada rakyat untuk membeli makanan atau barangan runcit tanpa perlu keluar dari rumah mereka.

Sebabnya, bila pengguna nak keluar ke pasaraya ataupun restoran berhampiran, mereka kena pandu kereta atau tunggang motosikal sendiri yang pasti akan memakan kos petrol. Belum lagi dikira perjalanan yang mungkin pengguna kena bayar tol dan bersesak di atas jalan raya.

Jadi untuk menjimatkan perbelanjaan rakyat, Grab menawarkan penghantaran Rahmah yang membabitkan pelbagai tawaran penjimatan untuk makanan dan juga barangan runcit.

Macam contoh bagi Pakej Menu Rahmah, tawaran tiga hidangan terpilih dari RM18 sahaja. Ini bermakna tawaran diskaun ini boleh turunkan harga kepada RM18-RM24 bagi hidangan untuk tiga sehingga 4 orang sekeluarga termasuk anak. Lagi best tak ada had kekerapan atau bilangan pembeli yang ditetapkan. Pengguna boleh memesan banyak kali pun tak apa.

Berikut antara restoran dan kedai makan yang menawarkan Pakej Rahmah GrabFood 2023

- Bayu Sorey

- Restoran Nasi Kerabu Keramat

- Bungkus Kaw Kaw

- Sate Rono

- Restoran SK Maju SS2

- Dapur Riuh Che Ta

- Hotplate Sizzling Bajet Langat

- Pok Nik Nasi Kukus Ayam Kampung

- Pak Ku Char Kuey Teow

- Lagenda Malaya Cafe dan banyak lagi restoran yang anda boleh pesan di GrabFood.

Antara menu makanan daripada Pak Ku Char Kuey Teow, Lagenda Malaya Cafe, Pok Nik Nasi Kukus Ayam Kampung dan Sate Rono yang anda boleh dapatkan tawaran tiga hidangan untuk seisi keluarga hanya serendah RM18.

Manakala bagi Jualan Rahmah pula, pengguna boleh memberi barangan runcit dari Pasaraya Jaya Grocer sambil menikmati diskaun 30 peratus untuk barangan keperluan harian.

Maknanya, jika anda duduk di rumah pun masih boleh menikmati barangan keperluan harian yang murah setiap hari di Jaya Grocer melalui GrabMart.

Ia adalah hasil daripada keprihatinan Grab dalam bersama-sama meringankan beban kewangan dan mengimbangi peningkatan kos sara hidup rakyat.

Sila klik di pautan untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang