PRU15: Keliru buat keputusan? Pendakwah kongsi doa sebelum mengundi calon, parti pilihan

A
A
A

PILIHAN Raya Umum (PRU15) hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Tentu masing-masing sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membuang undi. Buat mereka yang pertama kali mengundi tentunya lebih teruja kerana ia satu pengalaman yang cukup bermakna.

Bagi pengundi yang masih tidak dapat membuat keputusan dalam memilih calon, sebaiknya mohonlah petunjuk daripada ALLAH SWT agar dipermudahkan dalam urusan menentukan calon berkelayakan.

Kredit foto: Bernama

Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah 'klik klik' online sahaja

Pendakwah bebas, Ustaz Rahim Azhari melalui akaun TikTok berkongsi satu doa yang membantu dalam menentukan calon dan parti yang harus diundi ketika PRU15 nanti.

Berikut doa yang boleh diamalkan.

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Maksudnya: “Ya ALLAH tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.”

“Amalkan membaca doa ini supaya kita dapat membuat keputusan yang betul agar kita semua dalam reda ALLAH. Paling penting waktu di Padang Mahsyar nanti ketika dipersoalkan kepada kita kenapa kita memilih si dia ini, insya-ALLAH jawapan yang kita hendak bawa pada ALLAH nanti adalah jawapan yang benar,” jelasnya.

Baca juga: PRU15: 5 tip pengundi muda, jangan ‘nervous’, buat 10 langkah ini

ETIKA DAN ADAB KETIKA PRU15

1. Ucapkan perkataan yang baik

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka dia hendaklah mengucapkan perkara yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Perbuatan memfitnah serta mengamalkan politik kotor terhadap pihak lawan bagi mencapai kepentingan politik merupakan satu tindakan yang sangat dilarang oleh agama.

Walaupun berbeza fahaman politik dan parti, setiap pihak wajar mengambil pendekatan yang baik dan matang dalam berkempen tanpa memburuk-burukan pihak lawan.

2. Pastikan maklumat sahih sebelum sebar

Perbuatan membawa dan menyebarkan berita, maklumat atau perkara yang tidak diketahui pucuk pangkalnya juga dilarang. Apabila mendapat suatu maklumat, pastikan ia sahih terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada orang lain.

Baginda SAW bersabda, “Tidak akan masuk syurga qattat (golongan yang membawa cerita sedangkan dia hanya mendengar-dengar daripada orang lain tanpa diketahui pucuk-pangkal cerita tersebut).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Firman ALLAH: “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) ALLAH mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Maidah, ayat 19)

Kredit foto: Bernama

Baca juga: PRU15: Pengundi muda pandang karisma, personaliti calon, ini 8 ciri pemimpin wajar dipilih

3. Tidak memberi dan menerima rasuah.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr RA, Nabi SAW bersabda: “Laknat ALLAH kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Rasuah dan sogokan juga satu tindakan yang dilarang dan merupakan satu kesalahan jenayah yang serius menurut undang-undang di Malaysia, bahkan juga menurut syarak. Rayuan undi dengan memberi sogokan atau rasuah kepada pengundi merupakan tindakan yang tidak beretika serta haram di sisi syarak,

4. Pilih pemimpin yang berwibawa

Para pengundi mestilah memastikan mereka yang diundi boleh memimpin dalam menguruskan urusan negara mengikut maslahat dunia dan juga akhirat. Ibn Khaldun berkata:

هي حمل الكافّة على مقتضى النّظر الشّرعي في مصالحهم الأخرويّة والدّنيويّة الرّاجعة إليها إذ أحوال الدّنيا ترجع كلّها عند الشّارع إلى اعتبارها بمصالح الآخرة فهي في الحقيقة خلافة عن صاحب الشّرع في حراسة الدّين وسياسة الدّنيا به

Maksudnya: (Kepimpinan itu bermaksud) Tanggungjawab memikul segala urusan mengikut piawaian syarak dalam mengurus maslahat manusia di dunia dan akhirat. Hal ini kerana urusan dunia di sisi syarak dilihat kepada maslahah (kepentingan) akhirat. Justeru, secara hakikatnya, pemimpin merupakan wakil ALLAH SWT dalam menjaga agama dan menguruskan hal ehwal dunia dengan panduan agama

Baca juga: Dilarang bawa telefon bimbit, 10 langkah perlu dilakukan ketika pergi mengundi

Sumber:TikTok Ustaz Rahim Azhari, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca