MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pelbagai andaian dibuat sebagai bayangan rupa bentuk keputusan PRU-15. Ada yang berpendapat pengundi muda dan pengundi baru berdaftar, bakal mengundi buat kali pertama, akan menentukan keputusan PRU-15 kali ini.

Ini adalah pusingan terakhir sebelum hari mengundi. Menerusi siaran langsung Last Lap di Sinar Harian, Kamarul Bahrin Haron yang bertindak sebagai moderator bual bicara tersebut telah bertanyakan soalan kepada dua orang tetamu yang berpengalaman dalam bidang hubungan antarabangsa.

Wawancara ini bertujuan membantu anda membuat keputusan yang bijak sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Dua orang tetamu tersebut ialah Timbalan Pengarah Eksekutif, Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Profesor Dr Roy Anthony Rogers dan Penganalisis kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Farlina Said.

Menurut Timbalan Pengarah Eksekutif, Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Profesor Dr Roy Anthony Rogers, setiap calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kali ini memiliki kepakaran dan kebolehan masing-masing.

“Ada di kalangan calon-calon yang bertanding turut mendapat banyak sokongan di peringkat antarabangsa. Hanya masa sahaja akan menentukan siapa yang akan muncul sebagai tampuk pemerintahan negara,” katanya.

Salah satu pertanyaan yang diajukan kepada Farlina Said, melihat kepada isu pemilihan tampuk kepimpinan negara, pengundi-pengundi muda lebih tertarik dengan karisma yang ada pada calon-calon yang bertanding.

“Karisma dan personaliti sering dikatakan menjadi faktor pengundi-pengundi muda memilih bakal pemimpin. Selalunya mereka perlu tahu serba sedikit tentang latar belakang calon yang bertanding. Mereka hanya memilih calon yang  diyakini mampu membawa kemajuan kepada negara,” jelas Farlina.

CIRI-CIRI PUCUK PIMPINAN NEGARA YANG WAJAR DIPILIH OLEH PENGUNDI:

1. Pilih calon yang hadir dengan ciri-ciri dan kredibiliti seorang pemimpin.

2. Antara ciri-ciri pemimpin yang berwibawa ialah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli diplomatik antarabangsa daripada pelbagai negara.

3. Ahli politik perlu menjadi pemimpin rakyat sekiranya mereka mahu diterima rakyat serta kekal relevan dalam dunia politik tanah air.

4. Ahli politik perlu menerapkan cara berpolitik yang berjiwa rakyat selain bersikap rasional dan berintegriti.

5. Pemimpin seharusnya merasakan mereka sebahagian daripada rakyat, berjiwa rakyat kerana mereka hadir daripada rakyat.

Iklan

6. Bersikap rasional dan menunjukkan sifat kesederhanaan. Pemimpin sebegini boleh diteladani atau dijadikan contoh.

7. Pemimpin politik juga perlu menunjukkan kematangan berpolitik sekiranya berdepan dengan krisis.

8. Menolak nilai-nilai negatif seperti individualisme, materialisme dan gila kuasa.

Iklan

Anda boleh mengikuti wawancara eksklusif detik akhir PRU15 menerusi Last Lap di saluran berikut:

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi