PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) buat julung kalinya menyaksikan pengundi muda melaksanakan tanggungjawab kepada negara menerusi pembuangan undi.

Seramai 1,393,549 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara akan mengundi kali pertama. Jumlahnya agak besar Semestinya ramai anak muda yang meluahkan gugup atau paling utama sekali tidak pasti untuk memilih.

Baca juga: Semak tempat mengundi anda di sini, mudah ‘klik klik&’ online sahaja

Pengundi 18 tahun ke atas kali pertama menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15. (Kredit foto: Pexels 1, 2 )

Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Norhazlina Fairuz Musa Kutty menerusi siaran langsung Last Lap di Sinar Harian menyarankan pengundi muda melakukan beberapa langkah berikut dalam memilih calon yang sesuai:

Tip pengundi muda

1-Balik semula kepada konstituensi atau kelompok kawasan.

2-Membuat tinjauan menerusi saluran laman sosial seperti TikTok dan media sosial lain bagi mendapatkan maklumat tentang calon.

3-Teliti calon-calon pilihan yang bertanding dan apakah tindakan yang telah lakukan untuk kawasan anda.

4-Pertimbangkan semula janji diberikan atau manifesto calon-calon yang bertanding.

5-Jika calon pilihan raya anda fokus kepada sesetengah audiens atau kelompok, mereka hanya akan mendapat undian daripada kelompok itu sahaja.

Baca juga: PRU15: 10 tawaran hebat makanan dan minuman untuk pengundi, jangan lepas peluang tebus

Baca juga: PRU15: Manifesto membela wanita buat ramai teruja, pilih yang terbaik!

Diharapkan, para pengundi muda mampu membuat pilihan terbaik dalam pemilihan pucuk pimpinan negara dan tidak mensia-siakan peluang yang tiba lima tahun sekali ini.

Anda mengundi buat kali pertama? SinarPlus kongsikan 10 tip perlu dilakukan pada hari pengundian:

1. Masuk bilik undi – anda boleh masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal selia pintu masuk di bilik undi.

2. Serah Mykad – serahkan Mykad atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan (jika ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

3. Semakan Mykad – Kerani pengundian pertama akan memberikan Mykad atau dokumen pengenalan diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang disebut oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.

4. Celup jari – Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua.

Baca juga: PRU15: Dilarang bawa telefon bimbit, 10 langkah perlu dilakukan ketika pergi mengundi

Iklan

5. Kertas undi – Anda akan menerima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

6. Tinggalkan telefon – Anda akan bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit/pintar.

7. Pilih calon – Bergerak ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen. Anda hanya boleh pilih satu calon sahaja.

8. Peti undi – Masukkan semula kertas undi tadi ke dalam peti undi yang betul.

9. Ambil semula telefon – Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil semula telefon bimbit/pintar yang diletakkan tadi.

10. Beredar- Segera meninggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Iklan

Anda boleh mengikuti wawancara eksklusif detik akhir PRU15 menerusi Last Lap di saluran berikut:

Sumber: Last Lap Sinar Harian, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Kredit foto: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi