[VIDEO] Pantai Cenang ibarat 'ghost town', dulu meriah, kini berteman daun kering
SIAPA sangka pandemik Covid-19 telah menjejaskan pelbagai sektor ekonomi termasuk industri pelancongan.
Mahu atau tidak, rakyat dan pemain industri semua perlu akur pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Langkah tersebut adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 berikutan jumlah jangkitan harian masih melebihi 4,000 kes. Justeru, solusi terbaik adalah kekal berada di rumah, tambahan pula aktiviti merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan.
Bercakap mengenai sektor pelancongan umum mengetahui Pulau Langkawi, Kedah antara destinasi popular menjadi pilihan ramai.
Boleh dikatakan pulau percutian itu sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong sama ada pada hujung minggu, cuti sekolah ataupun cuti umum.
Pun begitu, dek aktiviti pelancongan kini tidak dibenarkan Pulau Langkawi khususnya Pantai Cenang diibaratkan bandar hantu. Sunyi sepi tanpa riuh rendah pelancong.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali Ed Shahir menerusi laman sosial TikTok.
Dalam perkongsian tersebut beliau memuat naik dua klip video memaparkan persekitaran di pekan Pantai Cenang pada sebelah siang dan malam.
Kelihatan deretan kedai tidak beroperasi.
@edshahirHangpa pernah sampai sini? Cuba komen keadaan dulu-dulu kat sini macam mana.. ##fyp##foryoupage##beach##langkawi##photojournalist##malaysiatiktok♬ Creepy horror sound - TOKU SPACE MUSIC
Tulisnya di dalam video terbabit: "Suatu ketika dahulu tempat ini meriah dengan pelancong.
"Sekarang yang tinggal hanya daun kering. Sunyi sepi seribu bahasa dan jalan pun lengang tanpa kereta."
Kemudian, pemuda itu merakam pula keadaan di persisiran pantai yang juga 'kosong' tanpa kelibat pelancong.
"Jom tengok kawasan pantai pula. Lengang yang tinggal hanya deruan ombak laut. Kalau anda pernah sampai ke sini sila kongsikan," ujarnya baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, menerusi klip video kedua beliau bawa 'bersiar-siar' di sekitar Pantai Cenang pada waktu malam yang kekal sunyi tanpa sebarang aktiviti seperti kebiasaan.
Perkongsian Ed Shahir mendapat pelbagai respon warganet. Antaranya:
- "Dulu meriahnya la Cenang. Tak pernah lengang, tak pernah tiada orang mesti ada saja. Sekarang...sedih tengok Cenang."
- "Saya kalau ke Langkawi memang selalu stay area Cenang sana saja happening. Memang sedih tengok keadaan sekarang."
- "Dulu meriah. Tepi-tepi jalan jangan harap nak boleh parking kereta. Sekarang nak parking mana pun tak apa. Covid punya penangan."
- "Pernah sampai dulu meriah sekarang sunyi sepi."
Oleh itu, rakyat Malaysia kekal menjaga SOP supaya kadar kes jangkitan dapat diturunkan.
Ini bagi membolehkan kita menikmati kehidupan seperti sebelum ini yang mana berpeluang pulang ke kampung halaman dan melancong bersama keluarga dan rakan-rakan. #kitajagakita
@edshahirReply to @jankambaq okey bang done. Jangan mintak part 3 pulak. Takdak dah. ##fyp##chenang##foryoupage##langkawi##photojournalist♬ Horror - Ben Prunty
Sumber: TikTok Ed Shahir
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang