Ramai ingat kena tipu... designer muda ini terangkan bahaya pijak rasuk tembok luar bangunan

A
A
A

APABILA melihat struktur luar bangunan misalnya rasuk tembok, jangan suka hati untuk memijaknya ya. Amat merbahaya rupanya.

Kelihatan seperti disimen konkrit, sebenarnya tidak semua struktur sedemikian selamat untuk dipijak. Ada sebahagian struktur terbabit yang diperbuat daripada foamcrete yang amatlah 'rapuh'.

Berhati-hatilah jika ada yang berhajat hendak memijaknya barangkali ketika membuat kerja-kerja renovasi, mengecat, mengelap tingkap dan sebagainya di luar rumah.

Apa itu foamcrete? Ramai yang ingat kontraktor rumah yang menggunapakai kaedah pembinaan sedemikian menipu. Namun, begitu sebenarnya tidak.

Ini terang designer muda yang juga berpengalaman dalam bidang arkitek dalam perkongsian berkaitannya yang tular sejak semalam hingga ke hari ini.

Memudahkan kerja, cepat

Menurut Ahmadkhairul Sabirin berhubung foamcrete, beliau tidak menafikan ramai yang berasa mereka 'terkena' dengan tukang buat rumah.

"Itu pasal sebelum melatah, check dulu. Biasalah coping ni pakai foamcrete, polystyrene yang disalut dengan concrete layer. Tu pasal dia panggil FOAM-CRETE, foamcrete. Walaupun ni macam kes karipap dalam isi angin, tapi tak sama, pasal ini bukan menipu.

"Dulu 'coping' ni memang buat pakai concrete, dan biasa letak dekat window atau mana-mana permukaan facade nak bagi ada profile sikit. Macam gambar di bawah.

"Pasal benda tu biasa letak sikit sana sikit sini, maka datanglah foamcrete untuk memudahkan kerja dan cepatkan construction.

"Walaupun dia foamcrete, tapi bila pegang kita rasa macam concrete dari segi luaran, sebab tu ramai yang bila nak panjat tingkap dipijak nya coping ni pasal ingat kukuh. Dia kuat tapi dalam tu foamcrete, bukan 100% concrete, risiko patah bila dipijak tu ada. Katalah kau nak panjat tingkat pergi tingkat 3, kalau foamcrete ni patah or pecah, tak ke jatuh dan bahaya kan nyawa," kongsinya.

Menurut Ahmadkhairul, disebabkan itu, sekiranya rumah-rumah baru, beliau tidak mencadangkan seseorang itu memijak atau memanjat pemegang rasuk tembok atau coping itu.

Itu disebabkan kebanyakannya banyak yang foamcrete.

"Aku cakap ni, pasal aku pernah encounter kes orang panjat dan pijak coping ni, coping tu patah/ pecah, dan dia jatuh meninggal dunia kat situ juga. Jadi cuba beringat.

"Apasal tak pakai concrete 100%? Pasal ruang luar rumah bukan lah ruang untuk dipanjat, bergayut, bukan struktur utama, sebab itu hanya pakai foamcrete, untuk enhance design saja.

"Ni bukan lah kes kontraktor melayu nak tipu, ini material memang ada. Kontraktor cina, india, bangla, semua pun pakai je benda ni. Kesian melayu, nampak benda tak betul, kita aja memanjang kena dulu. ?," katanya lagi.

Beliau juga berharap perkongsiannya itu disebarkan untuk manfaat bersama kerana percaya ramai lagi di luar sana tak tahu 'benda' itu dan patut tahu untuk keselamatan.

Berhati-hatilah kepada semua ya. Moga bermanfaat! -AG #rantaiankasih

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca