Ramai teruja pokok lidah buaya boleh berbunga, rupanya dijual RM300 sepokok

A
A
A

MELIHAT pokok yang satu ini pasti ramai menyangkakan ia berbentuk pokok yang hanya 'berdaun' bukan?

Jangan tak tahu, pokok lidah buaya juga boleh mengeluarkan bunga ya.

Perkongsian seorang ahli menggunakan nama, Jamu Fiona Wati di page Facebook, Berkebun Di Rumah semalam misalnya antara yang menerujakan pengikut laman berkebun itu.

Mana tidaknya, beliau menunjukkan pokok lidah buaya yang berbunga cantik bewarna jingga kemerahan.

"1st time tengok pokok ni berbunga. Lidah buaya betina boleh berbunga, yang tak berbunga alovera jantan," tulisnya di kapsyen hingga mendapat banyak komen

Komen ahli page yang teruja melihat bunga pokok lidah buaya.

Beberapa ahli lain di page sama turut berkongsi foto pokok lidah buaya mereka yang berbunga.

Antara gambar bunga pokok lidah buaya yang dikongsikan.

Dijual di portal membeli-belah atas talian

Menariknya pencarian SinarPlus mengenai khasiat bunga pokok lidah buaya mendapati ia turut dijual di portal membeli-belah atas talian Shopee di negara seberang.

Harganya pula dijual mencecah hingga Rp1,000,000 atau lebih kurang RM300 duit kita!

Sama ada komen ahli di page berkaitan flora dan fauna itu ada benarnya atau tidak, berikut 'Deskripsi Produk' bunga pokok lidah buaya berharga Rp1,000,000 itu yang turut dikongsikan:

Manfaat bunga lidah buaya yang diketahui hingga saat ini antara lain:

1. Memiliki harga tinggi sehingga tanaman lidah buaya berbunga boleh dijual belikan sebagai peluang perniagaan yang baik.

2. Mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan sebagaimana daun lidah buaya.

3. Dapat mencegah dan menyembuhkan berbagai penyakit kronik seperti tumor, kanser, diabetes dan juga buasir.

4. Dapat menjadi bahan pengubatan untuk luka.

5. Dapat mengatasi penyakit seperti sifilis dengan rebusan manfaat bunga lidah buaya.

6. Konon tanaman lidah buaya yang berbunga memiliki khasiat berlipat kali ganda daripada tanaman lidah buaya biasa.

7. Manfaat bunga lidah buaya boleh digunakan sebagai penyubur rambut sebagai bahan dalam manfaat creambath.

8. Manfaat bunga lidah buaya juga boleh meningkatkan sistem imun dalam tubuh.

9. Meningkatkan penyerapan protein baik dan keteraturan fungsi pada usus.

10. Mengeluarkan racun dari tubuh dan melawan peradangan.

Bagaimanapun, nasihat SinarPlus dapatkan pandangan pengamal perubatan bertauliah sebelum memanfaatkan tumbuhan unik ini.

Informasi dikongsikan hanya sekadar pengetahuan semasa memandangkan trend orang kita yang gemar berkebun pada masa ini.

Ada yang rasa nak buat berniaga?

Moga bermanfaat! -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca