BARU-BARU ini seperti yang diumumkan oleh kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga telah dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 lalu.

Begitupun jangan kecewa buat mereka yang belum dapat bantuan berkenaan dan ingin membuat rayuan.

Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020 secara dalam talian di portal BSH, menurut kenyataan media Kementerian Kewangan.

Tarikh Permohonan Rayuan BSH Fasa 3

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh berikut:

TARIKH RAYUAN BSH FASA 3 DIBUKA: 7 Ogos 2020

TARIKH AKHIR RAYUAN BSH FASA 3: 6 September 2020.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang.

Kemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Untuk perhatian, permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.

Cara Permohonan Rayuan:

Anda boleh membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 seperti berikut:

i. Permohonan Rayuan Online (Secara Dalam Talian)

Permohonan rayuan BSH online boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.

Permohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:

Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my
Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 7 Ogos 2020)
Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.

ii. Permohonan Rayuan Secara Manual Melalui Borang

Borang Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh didapati secara percuma di:

Portal Rasmi BSH LHDNM; atau
Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Maklumat Lanjut

Sebarang makluman lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh diperoleh pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my).

Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

Pemberian berdasarkan kategori BSH 2020 itu merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima. Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).

Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut:

a) Baki BSH 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1:

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Iklan

b) Kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang anak) seperti berikut:

Bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekaligus pada pembayaran Fasa 3 BSH 2020.