Rayuan GKP2.0 dibuka, rebut peluang bagi yang belum pernah dapat
BERITA baik bagi mereka yang tidak berjaya memohon bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 yang ditawarkan sebelum ini.
Kini kerajaan kembali membuka rayuan untuk permohonan tersebut bermula 7 – 12 Disember nanti.
Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak atau diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDNM).
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.
GKP merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.
Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak Covid-19.
Di samping itu, bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dalam satu kenyataan berkata, setakat ini hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.
"Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro."Sehubungan itu, GKP dan GKP 2.0 merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas.
"Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan LHDNM," katanya.
Baca juga Masalah cetakan label rupanya, patutlah terlalu rendah kandungan karbohidrat
Selain itu, ini senarai 7 kod alasan kenapa permohonan GKP 2.0 anda ditolak:
01. TIDAK BEROPERASI 2020
Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang.
02. JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300K
Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan.
03. JUALAN >= 300K
Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi.
04. TIDAK WUJUD DI AGENSI
Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
05. PEKERJA >= 5 ORANG
Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan.
06. PEKERJA >= 5 ORANG
Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi.
07. ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1
Perniagaan melebihi satu permohonan
Justeru, sekiranya permohonan anda tidak lulus atas alasan di atas, anda masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan rayuan GKP 2.0 bermula 7 Disember ini.
Permohonan hanya di atas talian, sebarang permohonan rayuan secara manual tidak akan dilayan.
Ayuh, bagi korang yang belum pernah berjaya sama ada GPK1.0 dan 2.0 lengkapkan dokumen diperlukan untuk permohonan rayuan nanti.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang