Masalah cetakan label rupanya, patutlah terlalu rendah kandungan karbohidrat

No Image Caption
A
A
A

“Minggu lalu ada yang bertanya pada saya, kenapa sejenis roti (pratha) terlalu rendah nilai karbohidratnya,”.

PERKARA itu mengajak pakar dietetik, Siti Amirah Shalihin untuk memperincikan lebih lanjut mengenai topik itu.

Menjawab kepada soalan itu, hanya 4 gram (g) karbohidrat sahaja bagi setiap 100g roti!

“Fuhh. Kalah roti rendah karbohidrat! Bila dibelek, bahan utama roti pratha ini adalah tepung. Maka sangat kandungan karbohidratnya begitu rendah,” ujarnya.

Sebagai pengguna yang bijak, kita ada hak untuk mendapatkan penjelasan.

Sekarang lebih mudah, untuk jenama besar pasti terdapatnya nombor yang dipaparkan atau hubungi sahaja mereka di sosial media.

“Alhamdullilah pihak pengasas menjawab persoalan dan menjanjikan tindakan segera, seperti yang dijangka ada masalah cetakan.

“Terima kasih! Kesilapan ini tidak mustahil untuk berlaku,” kongsinya.

Maka sebagai pengguna yang bijak, terutama anda yang mengawal kalori untuk turunkan berat badan, jangan mudah percaya dengan semua produk berlabel sebaliknya, baca dan bandingkan.

Ini adalah tip untuk anda yang suka membaca produk berlabel:

1. Perhatikan berat bersih. Bagi setiap 1 hidangan produk karbohidrat, kebiasaan jumlah karbohidrat adalah 15 hingga 28g.

2. Jika produk tersebut claim rendah karbohidrat, biasanya 1 hidangan roti boleh mencecah 7 hingga 10g sahaja.

3. Kenal pasti bahan yang digunakan. Jika bahan utama adalah karbohidrat mesti karbohidrat paling tinggi.

4. Sentiasa bandingkan produk yang sama jenis jenama A, B, C dan D. Kebiasannya bacaan bagi setiap makronutrisi dalam anggaran yang lebih kurang sahaja.

5. Jika ada keraguan, jangan rasa serba salah untuk hubungi pengedar.

Oleh itu, pastikan anda memanfaatkan label pada setiap produk terutamanya produk-produk makanan. Moga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca