SEPERTI yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri Disember lalu, pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu lagi membuat surat rayuan untuk mengerjakan haji sebaliknya mereka boleh membuat rayuan secara online menggunakan aplikasi THiJARI.

Kemudahan terbaharu TH itu dibina untuk membantu orang ramai, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Pendeposit tidak lagi perlu mengisi borang secara manual atau ke pejabat Tabung Haji untuk membuat permohonan rayuan

Menurut beliau, kini pendeposit boleh membuat rayuan haji bagi tahun 2021 atau 1442H yang dibuka bermula 22 Disember lalu sehingga 13 Februari ini.

Namun, laman rasmi Facebook Official : Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bahawa tarikh rayuan telah dilanjutkan sehingga 15 Mac ini.

Pastinya berita itu mampu melegakan ramai pihak dan rata-rata dalam kalangan mereka juga amat mengharapkan rayuan yang dibuat mampu memudahkan urusan mereka untuk berpeluang mengerjakan ibadat Haji.

Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Iklan

Selain rayuan, aplikasi yang dibangunkan itu juga bertujuan untuk membantu bakal haji menyemak pendaftaran haji, status rayuan, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah.

Cara mendaftar juga cukup mudah. Langkah mendaftar adalah seperti :

Iklan
  1. Layari portal rasmi Thijari di pautan https://www.thijari.com.my/ dan untuk mendaftar.
  2. Isikan butiran seperti number kad pengenalan dan nombor akaun Tabung Haji.
  3. Seterusnya masukkan nombor telefon yang berdaftar dengan Tabung Haji dan pastikan norbor tersebut telah dikemaskini di cawangan TH terlebih dahulu.
  4. Semak dan sahkan nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon adalah betul dan tepat.
  5. Kemudian isi nombor TAC yang diterima.
  6. Isikan pula maklumat seperti kata nama, kata laluan, nama pengguna dan negeri terkini yang anda menetap.
  7. Klik terima terma dan syarat (jangan lupa baca segala terma dan syarat).
  8. Selesai!

Pengguna boleh log masuk pada halaman utama portal rasmi tersebut dengan menggunakan kata nama dan kata laluan yang telah dicipta tadi semasa mendaftar.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Rayuan haji boleh dilakukan menerusi THiJARI.

#tabunghaji

Posted by Official : Lembaga Tabung Haji on Wednesday, 10 February 2021