Rebus letak sudu? Ini 6 cara mudah & cepat lembutkan daging confirm jadi, mak-mak wajib cuba

SUDAH pasti masing-masing mempunyai tip atau petua tersendiri untuk melembutkan daging yang hendak dimasak.

Anda juga mesti pernah mendengar mengenai cara melembutkan daging dengan menggunakan sudu. Adakah petua ini benar-benar berkesan?

Caranya adalah dengan memasukkan sudu ke dalam periuk merebus daging untuk melembutkan daging tersebut.

Cara lembutkan daging ini telah dipakai oleh ramai orang sejak dahulu lagi. Persoalannya, adakah ia benar-benar berkesan?

Sehingga hari ini, tiada sebarang kajian rasmi yang telah dilaksanakan untuk melihat keberkesanan cara melembutkan daging dengan menggunakan sudu.

Oleh itu, ia tidak boleh dikatakan sebagai satu kaedah yang berkesan mahupun tidak berkesan.

Namun secara logiknya, jika anda memasukkan sudu stainless steel ke dalam periuk untuk melembutkan daging, bukankah periuk atau kuali yang sedang digunakan juga terbuat daripada bahan yang sama?

Jadi, jika benar-benar sudu stainless steel ini boleh melembutkan daging, ia mungkin disebabkan bahan yang dikeluarkan daripada sudu tersebut sewaktu anda merebusnya bersama daging.

Bagi sudu jenis stainless steel ini, ia mungkin hanya mengeluarkan sebatian besi atau kromium.

Besi mungkin tidak memudaratkan kesihatan anda, namun yang bahayanya kromium boleh menjadi beracun walaupun pada tahap yang amat rendah.

Baca juga Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

Jadi, daripada anda menggunakan petua merebus sudu bersama daging yang belum tentu berkesan, adalah lebih baik anda cuba petua atau cara lembutkan daging dengan berikut. Kaedah-kaedah ini telah terbukti berkesan secara saintifik. Ini caranya:

1. Gunakan bahan berasid

Asid boleh membantu memecahkan atau melembutkan daging yang keras.

Merendam daging dalam perapan yang dibuat dengan jus lemon, limau, cuka, susu mentega atau yogurt boleh membantu melembutkan protein yang liat pada daging.

Namun, jangan sesekali membiarkan daging terendam dalam perapan terlalu lama, kerana asid boleh melemahkan struktur protein daging terlalu banyak.

Ini boleh menyebabkannya menjadi terlalu lembut dan lembik. Rendam dalam perapan selama 30 minit hingga dua jam sahaja.

2. Tumbuk atau pukul daging

Menumbuk daging dengan menggunakan penukul khas adalah cara yang sangat berkesan untuk melembutkannya.

Namun, jika ia ditumbuk dengan terlalu kuat atau lama, daging boleh menjadi terlalu hancur dan lembik.

Anda boleh menggunakan penukul khas yang mempunyai berpuluh-puluh jarum tajam atau mata yang menusuk daging dengan cara yang lebih lembut.

Ini boleh membantu mengurangkan kerosakan pada serat daging.

Baca juga Ringkas! Ini resipi daging goreng ala Thai confirm tambat selera keluarga

ELAK pengambilan daging merah terlalu banyak selain makanan terproses seperti sosej, nuget dan burger.

3. Gunakan kaedah penggaraman

Kaedah penggaraman juga boleh menjadi satu cara yang berkesan untuk melembutkan daging.

Garamkan daging yang hendak dimasak dan biarkan ia selama satu atau dua jam terlebih dahulu sebelum dimasak.

Apabila hendak dimasak, bilas daging terlebih dahulu dan keringkan sebentar untuk mengeluarkan lebihan garam daripada daging.

Cara ini juga boleh membantu menguraikan serat otot daging dan menjadikannya lebih lembut.

Iklan

4. Perapkan bersama enzim

Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang mengandungi kandungan enzim, yang boleh membantu melembutkan daging. Antaranya ialah seperti buah pir, betik, kiwi dan juga nanas.

Caranya, kisar buah-buahan ini untuk dijadikan puri terlebih dahulu.

Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging.

Jika anda menggunakan buah nanas, pastikan ia tidak diperap terlalu lama.

Ini kerana kandungan bromelain dalam nanas boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu lembik.

5. Masak dengan api perlahan

Memasak daging yang liat dengan menggunakan api yang perlahan dalam tempoh yang lebih lama boleh membantu melembutkan daging tersebut.

Ini kerana, serat yang liat, kolagen serta tisu penghubung daging akan mudah terurai dan menjadikan daging lebih lembut.

Anda juga boleh menggunakan kaedah ‘braise’ pada fungsi ketuhar anda untuk memasak daging pada suhu yang perlahan.

Iklan

6. Potong melawan urat daging

Tip ini juga sering digunakan oleh kita dan ia sememangnya sangat berkesan.

Jangan sesekali memotong daging mengikut arah urat atau serat daging.

Potong daging berlawanan daripada arah urat daging dan sebaiknya ia dipotong dengan ketebalan yang agak nipis.

Cara ini boleh membantu daging untuk dimasak dengan lebih cepat.

Selamat mencuba!

Sumber: Hello Health Group

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.