Rebut peluang! Diskaun sehingga 50% saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Rebut peluang! Diskaun sehingga 50% saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Rebut peluang! Diskaun sehingga 50% saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
A
A
A

Rebut peluang! Diskaun sehingga 50% saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

BERITA baik buat orang ramai! Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik.

Pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus itu merupakan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Disember ini hanya di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berikut info berkaitan;

1. Tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang melibatkan;

  • Saman kemalangan
  • Kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan
  • Kesalahan tidak boleh dikompaun.

Baca juga Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

sekatan jalan raya

2. Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Dis (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Dis (Sabtu dan Ahad).

Baca juga “Ku balas pertolongan dengan pernikahan.’ Mamat Sepah imbau pertemuan pertama, sambut anniversary ke-7 dengan Cik Polis

3. Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.

Jadi, rebutlah peluang untuk melangsaikan bayaran saman trafik sementara ditawarkan diskaun ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca