SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, salah satu masalah utama yang dihadapi adalah kehilangan pekerjaan terutama bagi sektor swasta yang dilihat begitu terjejas.

Fenomena hilang pekerjaan ini bukan sahaja berlaku di negara kita sebaliknya di seluruh dunia.

Bagi para graduan yang baru tamat belajar, impaknya adalah lebih ketara.

Mereka yang berkelulusan diploma mahupun ijazah sukar untuk memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan.

Ini memaksa para graduan tidak memilih kerja sebaliknya berani merebut apa sahaja peluang pekerjaan di depan mata.

Namun, sedikit berita bagi korang yang kini sedang mencari pekerjaan terutama sektor perkhidmatan awam. Jabatan Penjara Malaysia menawarkan 107 kekosongan jawatan.

Rebut peluang! Jabatan Penjara Malaysia tawar 107 kekosongan jawatan

Jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Penjara Gred KA19 yang mana individu berkelayakan diminta untuk memohon.

Iklan

Permohonan boleh dibuat oleh calon yang dingin memohon jawatan tersebut secara online di Portal SPA http://www.spa.gov.my

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan tersebut adalah sebelum atau pada 8 November 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.

Iklan

Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan itu tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, calon yang telah mendaftar juga perlu pastikan pendaftaran permohonan masih sah laku iaitu masih dalam tempoh setahun dari tarikh mendaftar.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!