BAGI mereka yang ‘obses’ dengan barangan berjenama, Louis Vuitton pasti tidak asing bagi buat mereka. Jenama tersebut sudah semestinya akan menjadi kegilaan ramai walaupun harganya mahal sehingga ada yang melabel Luis Vuitton sebagai fesyen ‘kayangan’ yang hanya mampu digayakan oleh golongan pendapatan tinggi.

Jadi bila jenama yang turut popular dengan singkatan nama LV ini dikaitkan dengan sesuatu yang jauh terasing daripada kelompok seperti skateboard, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan .

Buat pertama kalinya dalam sejarah sejak 166 tahun ditubuhkan, Louis Vuitton menghasilkan kasut yang dicipta secara khusus untuk sukan skateboard. Idea yang dilihat mungkin sedikit radikal ini direalisasikan oleh atlet papan selaju terkenal Lucien Clarke.

Rekaan kasut ‘skate’ Louis Vuitton gegarkan dunia fesyen jenama 'kayangan'

Pengenalan kasut ini dilihat boleh menjadi pemecah sempadan atau kelas yang selama ini tidak dapat dibaca dalam perenggan yang sama. Jenama mewah dari Perancis ini dilihat semakin terbuka dengan rekaan yang mungkin sifatnya lebih kepada streetwear.

Namun ini bukanlah kali pertama pendekatan unik seperti ini diambil oleh Louis Vuitton. Tidak berapa lama dahulu mereka turut memperkenalkan koleksi kolaboratif bersama Supreme, jenama ‘skate’ yang paling popular di dunia.

Penglibatan Virgil Abloh dilihat cukup signifikan di sebalik penghasilan kasut unik ini. Mungkin trend kasut papan selaju yang kini kembali popular menjadi salah satu faktor penghasilannya. Lihat sahaja pasaran kasut Nike SB yang melonjak naik dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Rekaan kasut ‘skate’ Louis Vuitton gegarkan dunia fesyen jenama 'kayangan'

Iklan

Jadi pendekatan yang diambil oleh jenama premium ini dilihat mungkin akan turut diikuti oleh jenama lain di masa akan datang. Bagi peminat setianya ini mungkin satu langkah yang dianggap agak drastik dan sedikit pelik.

Namun dalam dunia fesyen yang sentiasa pantas bergerak ia bukanlah satu situasi yang pelik. Malah segmen high end streetwear kini dilihat sebagai membawa pengaruh yang cukup besar dalam dunia fesyen.

Rekaan kasut ‘skate’ Louis Vuitton gegarkan dunia fesyen jenama 'kayangan'

Iklan

Kasut ‘skate’ itu sendiri kini bukan hanya dipakai oleh mereka yang aktif dengan sukan lasak papan selaju sahaja. Ia kini menjadi antara item fesyen yang sangat popular terutamanya sejak kebelakangan ini.

Namun, apa yang pasti harganya masih akan tetap premium dan penghasilannya juga cukup terhad.