Remaja belum dapat janji temu vaksin Covid-19, boleh walk-in bermula 23 September ini

A
A
A

UMUM maklum, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini diperluas kepada golongan remaja di berusia 12 hingga 17 tahun.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in akan bermula pada 23 September.

Pemberian tersebut dilakukan di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut empat perkara berkaitan PICK-Remaja;

1. Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berdekatan dengan tempat tinggal.

2. Remaja yang menuntut di IPTA atau IPTS yang berumur bawah 18 tahun dibenarkan walk-in di mana-mana PPV yang masih beroperasi.

3. Remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV sekolah tidak dibenarkan walk-in.

4. Hanya seorang sama ada ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk vaksinasi bertujuan mengelak kesesakan di PPV.

Sementara itu, ini senarai lengkap 156 PPV seluruh negara untuk vaksinasi remaja secara walk-in yang bermula Khamis ini.

Remaja belum dapat janji temu vaksin Covid-19, boleh walk-in bermula 23 September ini

Remaja belum dapat janji temu vaksin Covid-19, boleh walk-in bermula 23 September ini

Remaja belum dapat janji temu vaksin Covid-19, boleh walk-in bermula 23 September ini

Remaja belum dapat janji temu vaksin Covid-19, boleh walk-in bermula 23 September ini

Remaja belum dapat janji temu vaksin Covid-19, boleh walk-in bermula 23 September ini

 

Sehingga 20 September, seramai 308,186 remaja telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan pecahan seperti berikut:

  • Sabah - 118,141
  • Sarawak - 88,473
  • Kedah - 19,453
  • Kelantan - 17,413
  • Johor - 16,019
  • WP Labuan - 2,523

Terdahulu, CITF-A menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Artikel berkaitan: 7 Fakta Vaksinasi Remaja 12 Hingga 17 Tahun, Ibu Bapa Digalak Daftar Anak Sebagai Tanggungan

CITF-A adalah terdiri daripada pelbagai agensi berkepentingan seperti KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan, ProtechHealth, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pendidikan Mara, Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara, dan Jabatan Imigresen.

Dalam pada itu, CITF-A turut memaklumkan Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech dan telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Diharapkan ibu bapa, keluarga dan penjaga mengambil tindakan sewajarnya berhubung suntikan imunisasi ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca