'Rendam dulu baru semai.' Patut mata tunas tiada, rupanya salah pilih biji durian jantan. Ikut tip ini waktu nak tanam
'Rendam dulu baru semai.' Patut mata tunas tiada, rupanya salah pilih biji durian jantan. Ikut tip ini waktu nak tanam
PEMINAT buah durian pasti tengah teruja sekarang, kan? Manakan tidak, sekarang musimnya dah tiba.
Ke mana sahaja kita pergi, setiap tempat ada sahaja yang menjual raja buah itu.
Lebih-lebih lagi harganya semakin murah kini. Kalau dahulu sebut sahaja Durian Black Thorn, Musang King atau D24 hanya mampu telan liur sahaja.
Namun kini, anda boleh membelinya dengan harga yang jauh lebih murah.
SinarPlus sebenarnya bukan nak berkongsi tentang harga durian yang berbaloi-baloi. Sebaliknya nak berkongsi tip bagaimana cara betul untuk semai biji durian.
Baca ni Beli mahal-mahal tapi tak boleh makan, ini tip ringkas pilih durian isi penuh & elok
Mana lah tahu, kan, ada rezeki tumbuh subur dan nanti bolehlah anda menikmati hasilnya.
Namun, ada yang mengatakan bukan mudah nak semai, walaupun dijaga dengan rapi.
Pasti ramai yang tak tahu, biji durian pun ada jantan dan betinanya. Jika anda tanam dan tak naik tunas tu berkemungkinan itu adalah biji jantan.
Memang ramai tak tahu, bukan? Justeru, SinarPlus kongsikan informasi yang telah dimuat naik seorang lelaki menerusi Facebook Jarum Kemucut.
Beliau tidak lokek berkongsi cara mengenali biji durian betina dan jantan.
Baca ni Wanita kongsi cara simpan ‘frozen’ tahan setahun, hantu durian wajib buat
"Bila direndam dalam air baharu tahu rupanya biji durian ada jantan ada betina. Patut pun bila disemai ada tumbuh ada yang tidak.
"Rupanya yang jantan tak ada mata tunas," tulis lelaki tersebut yang mengambil tip berkenaan menerusi page Berkebun Di Rumah.
Untuk yang berhajat mahu cuba tanam sendiri durian dari awal dan elak menyemai biji durian jantan, ini yang perlu anda lakukan:
1. Kumpul biji durian lalu basuh bersih-bersih.
2. Rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Jangan letak air terlalu banyak. Cukup sekadar tenggelamkan biji.
3. Selepas dua hari, toskan air tadi dan lihat perubahan pada biji durian tersebut. Jika timbul tunas akar, maka itulah biji yang sesuai ditanam.
4. Kaedah lain, rendam biji durian selama satu malam lalu keluarkan air keesokan harinya.
5 Masukkan biji tadi ke dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.
6. Selepas sehari, lihat hasilnya sama ada biji durian tersebut keluar tunas. Semai biji yang bertunas itu.
Baca lagi Lelaki ini kongsi rahsia rebus kerang tanpa air. Hasilnya isi lebih lembut, tak liat & berair!
Berikut cara semai biji durian:
- Letak biji durian yang bertunas tadi ke dalam polibeg yang berisi cocopeat atau sabut kelapa.
- Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Selain itu, cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu terlalu dalam.
- Setelah itu, siram dan jangan biar tanah kering.
- Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akan naik batang dan daun.
Kaedah yang dikongsikan itu bukan sahaja mudah, malah berpotensi untuk anak benih pokok durian tumbuh dengan cepat.
Moga perkongsiaan ini bermanfaat!
Sumber: Jarum Kemucut
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang