AIR sirap antara minuman wajib yang sering dihidangkan ketika kenduri kahwin.

Biarpun simple, namun kesedapannya membuatkan minuman tersebut yang juga dipanggil sirap serbat menjadi pilihan ramai.

Untuk menyediakannya cukup mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Biasanya hanya pakai sirap merah, gula dan daun pandan.

Rupa-rupanya ada cara lain jika nak minuman berkenaan lebih sedap dan kaw lain daripada yang lain.

Untuk pengetahuan semua, orang zaman dulu membuat sirap dengan memasukkan rempah! Ya, rempah.

Bunyinya macam menarik, kan? Jadi, apa kata anda cuba buat dan hidangkan kepada tetamu yang datang beraya nanti.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Untuk membikinnya, SinarPlus merujuk entri seorang pengguna media sosial, Azizah Zainuddin menerusi page Masak Apa Hari Ni.

Menurut Azizah, air sirap tersebut bukan sembarangan. Rasanya cukup sedap.

“Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.

“Minuman ini juga tak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini,” ujarnya.

Baca juga Memang padu kalau makan masa hujan, Mi Goreng Ayam Bakar Limau memang tak cukup sepaket

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

1 kg gula pasir

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar buah pelaga

2 helai daun pandan

2 sudu sirap

Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Semua bahan tersebut disatu dan dididihkan sehingga pekat mengikut cita rasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.

Iklan

2. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.

3. Masukkan daun pandan untuk aroma lebih wangi.

Baca lagi Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

4. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan.

5 Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air. Siap!

Iklan

Mudah, kan nak sediakan sirap serbat ni.

Cuaca panas sejak kebelakangan menjadikan minuman ini lebih mengiurkan. Confirm, tak pandang dah air minuman lain.

Selamat mencuba!

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi