ALHAMDULILLAH! Akhirnya terjawab persoalan yang ditunggu ramai apabila kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri seluruh negara yang berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam itu memberi kelegaan dan kegembiraan buat rakyat negara ini memandangkan hampir setahun setengah aktiviti itu tidak dibenarkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Ismail Sabri berkata, kebenaran rentas negeri itu diguna pakai serentak di seluruh negara bermula hari ini (Isnin), 11 Oktober 2021.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021,” ujar beliau.

Selain itu kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan. Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin,” katanya.

Pun begitu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan akan melakukan pemeriksaan rawak di kawasan tumpuan dan menghentikan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri berikutan pengumuman membenarkan perjalanan antara negeri bermula pada tengah malam tadi.

Iklan

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sekatan jalan raya akan berterusan di kawasan yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Op Benteng dan operasi pencegahan dan keselamatan jenayah.

Menurut beliau, walaupun tidak ada sekatan jalan, PDRM akan tetap menggerakkan pasukan untuk memastikan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan masyarakat mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Baca juga Mudah guna untuk rentas negeri, cetak sijil vaksin PDF di MySejahtera

Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Iklan

Acryl Sani juga menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan pergerakan yang dibenarkan dan mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi untuk mencegah jangkitan Covid-19 daripada kembali meningkat.

Selamat pulang dan balik ke kampung halaman semua! Semoga selamat sampai di destinasi yang ingin dituju.