Robert Lewandowski tewaskan Ronaldo hanya dalam tempoh seminggu untuk gelaran FIFA Best 2020

Robert Lewandowski tewaskan Ronaldo hanya dalam tempoh seminggu untuk gelaran FIFA Best 2020
Robert Lewandowski tewaskan Ronaldo hanya dalam tempoh seminggu untuk gelaran FIFA Best 2020
A
A
A

TERDAHULU, tiga finalis Anugerah Terbaik FIFA telah diumumkan yang mana ia dibarisi nama bintang bola sepak dunia iaitu Robert Lewandowski, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dilihat mendahului dari segi undian pada Sabtu lepas.

Namun akhirnya penyerang sensasi Poland dan Bayern Munich, Robert Lewandowski berjaya menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia (FIFA Best 2020).

Kejayaan itu susulan kemenangan Bayern Munich di Liga Juara-Juara Eropah 2019-2020.

Robert Lewandowski berjaya menyingkirkan dua pesaing kuat utamanya iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan rata-rata peminat bola sepak menganggap Robert Lewandowski adalah calon yang tepat dan layak untuk menang anugerah tersebut.

Anugerah itu diumumkan oleh Gianni Infantino. Trofi FIFA Best itu disampaikan kepada pemenang Pemain Terbaik Dunia 2020 yang hadir di pentas yang berasingan.

Kemenangan itu juga berdasarkan jumlah kiraan sama rata antara undian dalam talian, kira-kira 200 wartawan, jurulatih pasukan kebangsaan dan kapten.

Prestasi Robert Lewandowski juga dilihat sangat konsisten dan banyak membantu Bayern Munich memenangi treble pada musim lalu.

Lewandowski berjaya membuat jaringan keseluruhan sebanyak 55 gol dan 10 assist dari 47 penampilan dalam semua pertandingan untuk membawa kelab Jerman berkenaan menjuarai treble.

Sementara itu, berikut adalah senarai Kesebelasan Dunia Fifpro 2020 yang turut tercalon. Jika dilihat, kesemua senarai nama tersebut dimonopoli oleh pasukan Bayern Munich dan juga Liverpool.

  • Alisson Becker
  • Trent Alexander Arnold
  • Virgil Van Dijk
  • Sergio Ramos
  • Alphonso Davies
  • Kevin De Bruyne
  • Thiago
  • Joshua Kimmich
  • Lionel Messi
  • Cristiano Ronaldo
  • Lewandowski

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca