Runner Food Panda naik basikal dicari, ingin dihadiahkan motosikal

Runner Food Panda naik basikal dicari, ingin dihadiahkan motosikal
Runner Food Panda naik basikal dicari, ingin dihadiahkan motosikal
A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial apabila tersebarnya sekeping foto seorang lelaki memakai baju Foodpanda menaiki basikal ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Melalui beberapa platform media sosial seperti Twitter, orang ramai telah menghantar pandangan dan andaian mengenai insiden tersebut. Tapi malangnya ‘tuan badan’ masih belum berjaya dijejaki sehingga kini.

Ramai rupanya yang bersimpati dengan kegigihannya dan sudi tampil untuk memberikan sumbangan.

Seperti yang terdapat di laman Twitter Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri Sanjeevan Ramakrisnan telah memuat naik posting bagi menjejak dan ingin meminta bantuan orang ramai mengenalpasti identiti lelaki tersebut.

Menurut Sajeevan, beliau bercadang ingin menghadiahkan motosikal untuk memudahkan runner tersebut.

“Sesiapa yang kenal brother ini tolong minta dia berhubung dengan saya di 0196003636.

“Saya akan cuba usahakan something for him. Maybea motorbike for him,” tulisnya

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 8700 ribu tanda suka itu juga mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Rata-rata warganet memberikan maklum balas positif di atas kesanggupan Sajeevan dan keperihatinan beliau.

Ada juga warganet yang menjelaskan bahawa lelaki itu berkemungkinan memang ‘walk panda’ atau kata lainnya penghantar makanan yang hanya berjalan kaki atau menaiki basikal dalam jarak tidak lebih daripada 1km.

Namun apa pon alasan Sajeevan masih mahu menjejak identiti lelaki tersebut. Sajeevan juga beberapa jam yang lalu memuat naik status di Twitter miliknya yang meminta tiada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan tawaran yang telah diberikan.

“Saya nak bantu brother ini dengan ikhlas, saya sangat berharap jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan tawaran saya ini.

“Ramai yang bersedia membantu mereka yang memerlukan tapi kerana segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mereka sering tidak ke depan untuk membantu,” tulisnya.

Jadi, kalau korang kenal siapakah runner misteri ini, bolehlah hubungi Sajeevan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca