SINARPLUS percaya bahawa impian setiap ibu bapa adalah untuk mempunyai anak yang bijak dan berakhlak baik.

Selain ibu bapa perlu mengamalkan dan menunjukkan sikap positif di hadapan mereka, anak-anak turut perlu disantuni dengan baik.

Berikut SinarPlus kongsikan petua untuk menjadikan anak-anak pintar, kreatif dan terbaik;

1. Bermain dengan anak. Main sukan, main permainan, main video game, walaupun main ‘one two som’, anak sangat menghargai masa yang berkualiti ni.

2. Rajin jawab soalan anak, walaupun benda sama ditanya banyak kali.

3. Rajin bertanya kepada anak, tunjukkan kepada mereka bahawa kita peduli dan bantu
mereka berfikir.

4. Kalau mereka buat silap, betulkan kesalahan sama-sama. Kemas bilik mereka bersama, kemas tempat permainan, cuci pinggan, susun selipar di luar rumah.

5. Terima hakikat yang manusia perlu diingatkan banyak kali. Kadangkala kita cepat frust dengan anak dan marah-marah bila sekali dua cakap kita mereka lupa, buat kesalahan sama.

6. Solat dan baca al-Quran bersama anak. Bantu bentuk akhlak mereka dan menguatkan hafazan mereka juga.

7. Layan minat anak bersama. Tengok kartun dia, main sukan dia, ambil tahu pasal idola mereka.

8. Selalu peluk anak, beritahu mereka yang kita sayangkan mereka, bangga dengan mereka, beritahu mereka pengharapan kita terhadap mereka, supaya jadi anak soleh, beriman dan bijaksana.

Baca juga Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sesuai diberi ubat batuk, selesema yang dibeli di farmasi

Anak-anak ni ada naluri semula jadi untuk mengambil hati dan buat kita bangga dengan mereka.

Kita yang kadangkala terlupa dan berikan jangkaan yang melampau, sehingga mereka menjauhi kita.

Iklan

Berilah senyuman dan kemesraan kepada anak, sebab pulangannya terlalu indah.

Iklan

Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah