Rupanya ramai lelaki jadi mangsa gangguan seksual, ini yang perlu semua ambil tahu

LELAKI yang menjadi mangsa gangguan seksual tidak perlu malu sebaliknya perlu berani tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa terutamanya kepada tribunal anti gangguan seksual yang baharu ditubuhkan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, ini yang perlu semua tahu;

1. Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual dilihat lebih cenderung memilih untuk berdiam diri berbanding wanita.

2. Sebenarnya, lebih ramai wanita yang tampil membuat laporan berbanding lelaki, tapi pihaknya dapat bukti bahawa ramai juga lelaki yang turut menjadi mangsa.

3. Situasinya lebih kurang dengan wanita, di tempat kerja. Itulah pihaknya tidak tahu sebab mereka bukan lelaki, tetapi kesnya ada tetapi bila dapat laporan daripada polis itu tak ramai tetapi ikut laporan memang ramai.

Baca juga Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Ketagih seks : 8 simpton perlu ditangani sebelum parah

4. Oleh itu, untuk menggalakkan supaya mereka (lelaki), untuk tampil dan jangan takut, terutamanya kanak-kanak dan juga pelajar kerana sebagai ibu memang mahukan anak-anak kita menjadi orang yang berani; bukan hanya berani bergaduh tetapi berani untuk bertindak dan supaya dapat berikan mereka ini keyakinan.

Baca juga Gangguan seksual di tempat kerja, pengamal undang-undang dedah tindakan boleh dibuat

Iklan

5. Sementara itu, Nancy berharap agar program-program berunsur motivasi dianjurkan dalam usaha memberikan keyakinan khususnya kepada golongan anak-anak agar berani bertindak.

6. Apa pun, kita tak mahu ada kesulitan dari segi lelaki atau wanita, dari segi layanan untuk mereka melaporkan (gangguan seksual) ini, seharusnya tiada beza.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!