Rupanya telur masin guna telur ayam lagi sedap, jimat berbaloi cara buat pun senang!

BIASANYA telur masin dihasilkan menggunakan telur itik. Ia sering menjadi menu tambahan memikat selera ramai.

Pun begitu, menurut seorang lelaki, telur masin itu sebenarnya boleh juga dibuat menggunakan telur ayam.

Selain rasanya sedap, ia juga mudah dibuat sendiri.

Malah, kalau nak dibandingkan harga telur itik yang sedikit mahal dengan telur ayam, memang jimat berbaloilah.

Dalam pada itu, Are Peace juga berkongsi petua bagaimana untuk memastikan kuning telur masin betul-betul berwarna oren.

TELUR MASIN HOMEMADE GUNA TELUR AYAM

Setelah dua minggu rendam dengan air garam, guna telur ayam saja.

Zaman-zaman sekarang ini semua kena jimat hehe.

Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg 80sen = RM10+ saja.

Dapat 30 biji telur masin.

Cuba juga Tak sampai RM10, resipi Cendawan Enoki Telur Masin boleh dimasak dalam porsi besar. Wajib cuba

 

Bahan-bahannya;

  • Telur ayam 30 biji
  • Garam kasar 1 kg
  • Air secukupnya (agak-agak telur itu tenggelam)

Cara membuatnya;

1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak atas api sehingga garam larut.
Sejukkan dulu baru masukan telur.

Iklan

2. Rendam di tempat yang gelap selama 14 hari. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa.

3. Boleh di simpan dalam peti sejuk, apabila terasa nak makan baru rebus.

Cuba juga Petua rebus telur beratus biji elak retak, simple & mudah sangat, hanya guna satu barang

TIP

Petua nak bagi telur kuning itu jadi warna oren, masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur.

Iklan

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.

Sumber: Are Peace via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!