Tak sampai RM10, resipi Cendawan Enoki Telur Masin boleh dimasak dalam porsi besar. Wajib cuba

KEPADA sesiapa yang sukakan cendawan goreng tepung, anda pasti akan jatuh cinta dengan menu Cendawan Enoki Telur Masin.

Memang sesuai dijadikan kudapan minum petang atau boleh juga dibuat sebagai salah satu hidangan makan tengah hari.

Sebelum SinarPlus berkongsi resipi, kalian tahu tak mana mahu dapatkan cendawan enoki?

Senang sahaja, bahan mentah itu boleh dibeli di AEON Retail, Giants, Lotus, SRI TERNAK, Jaya Grocer, Merchant dan banyak lagi lokasi.

Mudah kata, ia terdapat di pusat beli-belah terkemuka di negara ini.

Jangan terkejut, harganya cukup murah iaitu RM2 sahaja.

Baca juga: Gembirakan si kecil dengan masak makaroni goreng bersama taburan keju. Paling senang nak buat

Pada kesempatan ini, kami ingin berkongsi resipi yang dimuat nait oleh pengguna media sosial, Facebook, Nur Masri.

Beliau menunjukkan cara yang terperinci bagaimana mahu memasak Cendawan Enoki Telur Masin.

Beirikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

– 3 bungkus cendawan enoki (BELI DI SINI)
– 2 biji telur (BELI DI SINI)
Tepung goreng serbaguna jenama Seri Aji (BELI DI SINI)
Cili padi (BELI DI SINI)
Daun kari (BELI DI SINI)
– 3 biji telur masin (BELI DI SINI)
Mentega (BELI DI SINI)
– 5 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
Perasa (BELI DI SINI)
Gula (BELI DI SINI)
Minyak (BELI DI SINI)

Iklan

Cara penyediaan:

 

1. Rebus telur masin sehingga masak dan ambik kuning sahaja.
2. Seterusnya hancurkan telur.
3. Cincang halus bawang putih dan biarkan sebentar.
4. Kemudian, pukul telur di dalam mangkuk.
5. Celup cendawan ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul sehingga rata.
6. Salutkan cendawan enoki dengan tepung goreng serbaguna seri aji.
7. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cendawan sehingga kelihatan kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan.
8. Langkah seterusnya, panaskan mentega dan masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
9. Kemudian, masukkan daun kari, cili padi dan kacau sehingga sebati.
10. Seterusnya, masukkan kuning telur, perasa dan gula.
11. Akhir sekali masukkan cendawan enoki yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
12. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Terliur pula penulis membayangkan kerangupan cendawan enoki yang disaluti telur masin.

Pasti kalian turut merasa perkara sama kan? Haa… apa tunggu lagi, jom cuba!

Iklan

Baca juga: Lain cara masak Kak Yatie ini, ramuan perasa cendawan dalam rendang tok rupanya lagi sedap

Baca juga: Resipi sayur meranti masak lemak keledek, tambah sedap makan dengan sambal belacan, ikan masin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi