SEMALAM tular mengenai suami kepada YouTuber sensasi, S. Pavitra yang dilaporkan telah ditahan pihak polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber terdekat memaklumkan, ketika kejadian, wanita itu telah ditampar di muka dan pipi beberapa kali menggunakan tangan sehingga bibir berdarah.

Lengan mangsa juga bengkak akibat dipukul dengan senjata disyaki sebilah sabit.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, wanita tersebut membuat laporan polis.

S. Pavitra dan suami, elok jer seronok bercuti bersama tup tup bergaduh sampai jadi kes polis

“Mangsa kini minta diberikan ruang untuk menyelesaikan konflik peribadi keluarga mereka.

“Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang,” katanya.

Tinjauan SinarPlus pula mendapati lima hari lalu pasangan YouTuber ini sempat memuat naik video percutian mereka di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka yang dimuat naik di laman YouTube milik S. Pavitra dan berjaya meraih 281,980 tontonan.

Iklan

Pastinya berita yang dilaporkan semalam sangat mengejutkan dan tidak dijangka orang ramai. Mana tidaknya elok-elok seronok bercuti gembira dengan keluarga tup-tup bergaduh pula. Lagi parah siap jadi kes polis!

S. Pavitra dan suami, elok jer seronok bercuti bersama tup tup bergaduh sampai jadi kes polis

 

Iklan

Ironinya keganasan rumah tangga boleh berlaku dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal agama, bangsa, termasuk status sama ada kelompok berpendapatan rendah (B40), sederhana (M40) mahupun tinggi (T20).

Jadi, hati-hati guys! Semoga urusan rumah tangga S. Pavithra dan suaminya dapat diselesaikan dengan cara baik.