PADA hari ini, saluran Natseven TV Sdn Bhd atau lebih popular sebagai NTV7 telah digantikan  dengan dengan saluran khusus TV Pendidikan, DidikTV di bawah pengendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Telah beroperasi sejak April 1998, NTV7 akan memberi laluan kepada siaran baharu tersebut.

Ia bakal bersiaran setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam.

DidikTV merupakan inisiatif berterusan KPM dalam memudahkan akes kepada aspek pendidikan bagi semua murid di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan media KPM, saluran itu akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum.

DidikTV juga akan memaparkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) dan kandungan yang dihasilkan oleh murid, di samping program antarabangsa yang bersesuaian.

Lebih menarik, saluran tersebut dijadikan platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai murni dan mewujudkan masyarakat bermaklumat.

Iklan

Terdahulu, DidikTV telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada jam 8 pagi tadi.

Oleh itu, diharapkan isu utama berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah yang hangat diperkatakan iaitu akses terhad kepada internet terutama bagi pelajar luar bandar dan ketiadaan peranti di rumah dapat ditangani selepas DidikTV diperkenalkan secara menyeluruh.

Iklan

DidikTV boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.


Selamat menonton sambil menimba ilmu!
Berikut adalah reaksi orang terhadap kemunculan DidikTV :