Sanggup bertengkar dengan guru kerana markah peperiksaan anak, hati-hati mungkin anda lawnmower parent!

No Image Caption
A
A
A

Semua ibu bapa di dunia ini mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka. Pepatah mengatakan bagai ditatang minyak yang penuh.

Namun, tahukah anda bahawa ‘terlebih’ dalam menjaga anak-anak bukanlah sesuatu yang positif.

No Image Caption

Menurut Dr Redza Zainol, pegawai perubatan pediatrik, ibu bapa seperti ini digelar sebagai Lawnmower Parents. Apakah kriteria utama ibu bapa sebegini?

1- Ibu bapa sanggup membuat apa sahaja yang perlu untuk menghalang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.

2- Ibu bapa akan ‘potong’ semua halangan hinggakan anak-anak tidak terima sebarang cabaran.

Untuk anda memahami ciri-ciri itu, ada beberapa contoh untuk ibu bapa hayati adakah anda salah seorang ibu bapa sebegini.

1- Tidak benarkan anak menangani konflik. Contohnya, “kakak, nanti main dengan kawan yang sama sahaja ya”

2- Ibu bapa suka membuat apa sahaja supaya anak tidak didenda atau ditegur di sekolah. Contohnya, “kakak terlupa bawa barang? Tidak mengapa. Nanti ibu hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang”

3- Ibu bapa gemar ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak-anak. Contohnya, “kalau ada kerja sekolah nanti biar ayah yang buatkan”

No Image Caption

4- Ibu bapa masih menguruskan bilik tidur anak yang lebih tua. Contohnya, “cepat pergi sekolah. Biar ibu yang kemaskan bilik kakak”

5- Ibu bapa takut anak-anak cedera bila mencuba sesuatu yang baru. Contohnya, “jangan main basikal tu. Pegang tangan ayah”

6- Ada juga ibu bapa seperti ini sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.

7- Akhir sekali, ibu bapa sanggup belikan apa sahaja untuk anak supaya mereka tak rasa ketinggalan. Erti kata lain, terlalu manjakan anak.

Mengapa ciri-ciri ini semua adalah sesuatu yang negatif jika keterlaluan dalam melakukakannya? Ini kerana perkara itu boleh menyebabkan anak-anak tiada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah di kemudian hari.

No Image Caption

Selain daripada itu, anak-anak juga akan mempunyai masalah untuk mengurus beban emosi seperti tekanan, gelisah dan sentiasa takut untuk menghadapi kegagalan. Anak-anak tidak suka menghadapi pelbagai cabaran atau mencuba sesuatu yang baru.

Masih ada masa untuk berubah. Oleh itu, ibu bapa sebaiknya memberi ruang pada anak untuk belajar dari kesilapan dan menghadapi konflik.

Ada masanya biar sahaja anak buat silap. Itu peluang untuk mereka lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang