Satelit masih terganggu, Astro sedang kenal pasti punca

Satelit masih terganggu, Astro sedang kenal pasti punca
Satelit masih terganggu, Astro sedang kenal pasti punca
A
A
A

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai nampaknya mula memilih menonton TV sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang di rumah.

Bagaimanapun, semalam kecoh di laman sosial pengguna penyedia TV berbayar, Astro mana berhadapan gangguan di beberapa siaran.

Bahkan, setakat pukul 12.30 tengah hari tadi masalah siaran masih berlaku.

Sehubungan itu, pihak Astro tampil memberikan penjelasan bahawa perkhidmatan satelitnya terganggu buat ketika ini.

Katanya, pelanggan boleh melakukan penstriman di Astro GO. Pihak teknikal Astro sedang berusaha

secepat mungkin mengenal pasti dan membaik pulih beberapa saluran terjejas.

Astro dimaklumkan oleh pembekal satelit bahawa pihaknya memerlukan lebih masa untuk membaiki masalah dihadapi.

Mohon semua pengguna Astro bersabar ya!

famili tv

Sementara itu, korang juga boleh menonton beberapa cerita menarik di semua saluran TV ketika ini. Antaranya:

Baca juga Order laptop, tapi dapat plastik game display. Ini taktik baharu scammer China

1. Budak Tebing 2 di TV3

2. Love Elsa di Astro Ria

3. Seputih Cinta Rangbulan di TV2

4. Masih Ada Rindu di TV3

5. Kampung Kolestrol di TV9

6. Jejak Ebit Lew di Astro Prima

7. Drama Korea Mask di TV2

8. Madame Wallet di TV9

9. Telemovie Menantu Encik Ikan Masin di TV2

10. Bujang Tampan Selamba dan Seram Tak Seram di TV9.

Selamat menonton!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca