KADANGKALA, kita seakan-akan rasa putus asa atau fed-up dengan sesuatu perkara yang kita rasa sudah beri sepenuhnya perhatian dan usaha semaksimum boleh untuk mencapai target atau impian yang diinginkan.

Memang tidaklah mudah untuk memberikan motivasi kepada diri sendiri, perkara sebegini memerlukan usaha berterusan dan sokongan daripada orang yang berada di sekeliling dan persekitaran.

Berikut SinarPlus kongsikan tip tentang cara yang efektif untuk memotivasikan diri sendiri:

1. Mula dari sekarang dan biarkan motivasi yang mengejar diri anda

Tidak perlu menunggu motivasi untuk datang menerpa, teruskan mencuba untuk membuat apa yang anda tengah usahakan sekarang ini, jangan hentikan usaha itu.

Fail? Kalah? Terbuat salah?

Daripada semua pengalaman itu, anda sebenarnya semakin menghampiri kejayaan. Setelah kebal dengan semua itu, segalanya akan menjadi semakin mudah dan lebih banyak pintu-pintu yang akan terbuka kalau sebelum ini tidak nampak di depan mata.

2. Mulakan walaupun daripada perkara sekecil, andainya langkah besar yang dirancang itu boleh membawa kepada penangguhan

Terlalu terperinci dengan rancangan yang hendak dilakukan, anda akan tangguh daripada melakukan perkara tersebut. Terus mula sekarang ia dan secara tidak langsung motivasi kepada diri untuk mencapai target akan menyerap ke dalam jiwa. Sedar atau tidak, anda sebenarnya makin menghampiri kejayaan yang diimpikan.

3. Buang semua perkara dalam hidup yang mengganggu motivasi diri

Apabila terlalu banyak gangguan, ia akan membuatkan anda hilang fokus. Oleh itu, fokus kepada diri, dan hajat yang anda inign capai serta merancang langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Ingat, pastikan fikiran lebih tertumpu dan tidak mudah ‘tergoda’ dengan tarikan lain yang menggangu misi anda.

4. Sayangi diri walaupun sedang dalam kejatuhan atau mengalami kegagalan

Iklan

Sangat penting untuk anda memotivasikan diri walaupun sedang berada di tahap yang paling rendah dan lemah dalam hidup. Secara automatiknya, ramai orang apabila jatuh atau gagal mereka akan mula mengutuk diri sendiri. Namun, percayalah ‘baiknya’ jika anda berbuat seperti sedemikian. Cuba bangun balik dan jangan pandang belakang lagi!

5. Bandingkan diri dengan diri sendiri untuk melihat sejauh mana anda sudah pergi

Cara untuk merasa bahagia dalam hidup ini adalah dengan mengelakkan dari banyak membandingkan diri dengan orang lain. Sebaliknya, untuk membantu motivasi diri, anda perlu banyak membandingkan diri dengan diri sendiri. Apa bezanya anda dulu dengan sekarang? Melalui semua pengalaman tersebut anda semakin menghampiri kejayaan yang diimpikan.

6. Bersyukur dengan apa yang dimiliki

Iklan

Apabila motivasi diri semakin menghilang, sangat mudah untuk anda melihat segala aspek dalam hidup melalui kaca mata yang negatif. Bagi mengembalikan aura positif diri dan motivasi diri, tanya diri anda sendiri soalan seperti “apakah tiga perkara yang saya tidak pernah bagi perhatian tetapi patut bersyukur kerana wujud dalam hidup?” Mungkin katil yang selesa untuk tidur atau makanan juga tubuh badan yang sihat?

Jadi, usah toleh ke belakang lagi! Ayuh melangkah dengan lebih yakin. Semoga bermanfaat!

Kredit: Petua Kesihatan