“Cik, boleh datang ambil kunci rumah nanti ya. Rumah dah siap”.

Siapa yang tak gembira bila rumah sendiri yang dibeli akhirnya siap dibina dan boleh diduduki. Pasti siapa sahaja akan rasa teruja luar biasa bila dapat panggilan begitu bukan? Manakan tidak, selalunya makan tahun juga sebelum pemaju menyatakan membuat panggilan menyatakan boleh mengambil kunci rumah.

Memang tak sabar dan teruja, disebabkan itulah pada masa inilah ramai yang membuat kesilapan.
Menurut perunding hartanah Azizul Azli Ahmad, bila pemaju meminta pembeli mengambil kunci, ramai yang teruja hingga terlupa melihat secara detail kediaman yang dibeli. Ini situasi bagi kebanyakan pembeli biasa.

Akan tetapi berdasarkan pengalamannya, pihak pemaju cukup risau jika pembeli adalah peguam, arkitek, jurutera atau doktor yang cukup faham hak mereka. Kebiasaannya mereka akan memeriksa secara teliti keadaan rumah adalah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli.

Jadi, apa sebenarnya yang kita perlu lakukan ketika ingin pergi mengambil kunci?

Menurut Azizul yang selalu berkongsi tip pembelian hartanah apabila mendapat jemputan untuk mengambil kunci rumah kali pertama terus lakukan perkara ini. Antaranya adalah seperti:

1. Bawa bersama Sale & Purchase Agreement (SNP) yang kita dapat daripada peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.

Sebelum ambil kunci rumah, fahami 9 langkah ini jika tak nak ditipu pemaju!

2. Rujuk pelan bangunan dan seksyen kediaman rumah. Belajar buat semakkan.

3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan untuk unit 3 bilik, tapi pembeli menerima rumah unit 2 bilik.

Sebelum ambil kunci rumah, fahami 9 langkah ini jika tak nak ditipu pemaju!

4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali pita ukur (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari posh depan atau pagar depan dinding ke dinding.

Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20’0″ bukanya 18″0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2’0″.

Sebelum ambil kunci rumah, fahami 9 langkah ini jika tak nak ditipu pemaju!

5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.

Iklan

6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.

7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10′ 0″ tinggi bila siap hanya 8’6″ sahaja ketinggian dari lantai.

Pasang kipas kena kepala nanti.

8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagikan depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.

Iklan

9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.

Bawa bersama salinan SNP dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.

Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci. Jangan juga sibuk nak selfie beritahu dunia, dapat rumah cacat di mana mana.

Sumber : Azizul Azli Ahmad