SEDIHNYA, dua wanita terkorban dalam kejadian banjir lumpur lewat petang semalam di Baling, Kedah.

Difahamkan, mereka dihanyutkan kepala air yang datang secara tiba-tiba, yang mana rumah turut musnah akibat bencana itu.

Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang dilanda banjir.

Hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing.

Hari ini, mayat seorang wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya ditemui dalam keadaan berpelukan.

Baca juga Kejam! Kelar isteri, bayi, larikan diri berbogel, berikut kronologi kejadian

Sedihnya! Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan, 8 fakta banjir di Baling
Tinjauan udara menunjukkan jambatan yang menghubungkan antara Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi roboh akibat dibawa arus deras berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sehingga menyebabkan banjir petang semalam. Foto BERNAMA

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berikut keterangan kejadian;

1. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

2. Kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi. Tempat mangsa dijumpai dengan lokasi rumah mereka sejauh kira-kira 100 meter.

3. Mayat ditemui selepas anggota ternampak kaki salah seorang mangsa di bawah timbunan batang pokok.

4. Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan serta tiada kesan kecederaan luaran.

Iklan

5. Pihaknya mengeluarkan mayat pertama iaitu Nurul Anis diikuti ibu mertuanya, Salmah.

Baca juga Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

6. Seorang lagi mangsa iaitu Khairul Ikwan Nor Azam, 14, yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai itu turut ditemukan pada jam 11.55 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi dua mayat tersebut.

7. Mangsa ketiga adalah daripada keluarga sama iaitu anak kepada Salmah.

Iklan

8. Sementara itu, pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 155 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat dengan 270 lagi penduduk diselamatkan orang awam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan