KEJAM! Seorang suami tergamak mengelar leher isteri dan anak dalam satu kejadian di Johor Bahru.

Tragisnya, difahamkan wanita itu baru sahaja habis pantang serta bayi tersebut berusia 44 hari.

Kejadian ngeri itu berlaku di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, Johor, tengah hari tadi.

Mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi Hans Mohd Thakif Amir ditemui berlumuran darah serta kesan kelar pada leher di luar rumah teres yang didiami keluarga pasangan muda itu.

Namun sejurus selepas kejadian, suspek yang berusia 24 tahun melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel.

Menurut laporan media tempatan, berikut kronologi kejadian;

1. Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

2. Apabila Rosman sampai di lokasi kejadian, dia terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa terbaring depan pintu rumah dipercayai dikelar di leher oleh menantunya sendiri.

Baca juga Gadis 16 tahun maut, ditekup bantal oleh kekasih, berikut kronologi kejadian

ditikam sampai mati

3. Menurutnya, cucu lelakinya juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, difahamkan cucunya ditemui di sisi ibunya.

4. Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.

5. Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

6. Malah, katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.

7. Rosman berkata, sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia. Cuma akhir-akhir ini, menantunya itu tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin ada masalah tempat kerja.

Baca juga Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

8. Ibu mangsa, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik

Iklan

9. Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, esok.

10. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.