Sejarah Jalan Raja Laut 1 yang mungkin ramai tak tahu, kini tukar jadi Jalan Palestin

BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut kini ditukar kepada Jalan Palestin.
BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut kini ditukar kepada Jalan Palestin.
A
A
A

BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut kini ditukar kepada Jalan Palestin.

Jalan Raja Laut adalah jalan utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia dinamakan sempena nama tokoh dalam sejarah Melayu yang didakwa Penghulu Kuala Lumpur iaitu Raja Laut.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan cadangan mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019 lalu.

Kenyataan itu memaklumkan dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan memohon kepada pihak DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

"Penamaan Jalan Palestin ini adalah sebagai simbol sokongan negara Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin.

"Proses untuk mengenalpasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur yang ditetapkan seperti penamaan jalan-jalan lain," katanya.

Namun, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kelihatan tidak begitu senang dengan keputusan DBKL untuk menamakan semula "Jalan Raja Laut 1" menjadi "Jalan Palestin" seperti apa yang dikongsikan beliau di lawan Twitter miliknya.

Annuar mengatakan bahawa dia tiada halangan jika sesuatu jalan dinamakan Jalan Palestin namun mempersoalkan alasan jalan yang diberi sempena nama tokoh dalam sejarah Melayu itu dipilih untuk diganti dan bukannya jalan dengan nama Inggeris.

"Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur dengan nama Jalan Palestin, sebagai tanda sokongan kepada perjuangan pembebasan Al-Quds.

"Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur.

"Kenapa tak tukar jalan nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Cohrane Road," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin secara rasmi merasmikan Jalan Palestin di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur, semalam.

Ini menjamin dan memperluaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang bersaudara dan mengesahkan sokongan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada Palestin serta rakyatnya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca