Selalu salah saiz order pakaian online, ini cara ambil ukuran badan tepat jika nak beli baju raya

A
A
A

Selalu salah saiz order pakaian online, ini cara ambil ukuran badan tepat jika nak beli baju raya

SEBULAN berpuasa kini Syawal pula menjelma. Antara yang paling sibuk adalah wanita dalam menyiapkan kelengkapan hari raya Aidilfitri.

Antara persiapan menyambut hari kemenangan umat Islam yang wajib ada adalah baju raya.

Tak dinafikan sekarang ramai memilih untuk membeli baju raya hanya di hujung jari. Tak perlu lagi bersesak-sesak, design menarik warna pun pelbagai.

Cuma salah satu masalah bila beli online ni, baju yang sampai tak kena saiznya pula. Ukur badan pun dah tapi tak juga muat dengan saiznya.

Mungkin cara kita ukur tu tak tepat jadi ayuh belajar ukur badan dari seorang tukang jahit dikenali Ida Ismail ini supaya saiz baju boleh ngam dengan badan kita.

CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN!

Seeloknya diambil ngam-ngam, jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola.

1. Bahu

Diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.

2. Dada

Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.

3. Pinggang baju

Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.

4. Pinggang kain

Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai 'low waist' ukur dibahagian tersebut.

Baca juga Cara betul pilih desain baju raya nampak terletak dan cantik, ini tip penting sebelum membeli

Kredit foto: Freepik

5. Punggung

Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut. Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi. Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut.

6. Labuh lengan

Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.

7. Leher

Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.

Baca juga Jenama POKOKS tampil pakaian untuk kanak-kanak, ibu dan bapa. Kalau nak cari baju raya awal, dah boleh beli dah

8. Labuh baju

Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.

9. Labuh kain

Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki (tidak memakai kasut). Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.

10. Labuh jubah

Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.

Semoga selepas ini tiada lagi masalah saiz baju belian online tak muat dengan badan. Ukur baju di badan sendiri ya!

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Ismail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca